La Luna (Netflix) | Review Movie

La Luna (Netflix) | Review Movie

Filem : La Luna
Produksi : Clover Films, ACT 2 Pictures, One Cool Film, Papahan Films
Pengarah : M Raihan Halim
Penulis Skrip : M Raihan Halim
Network : Netflix
Tayangan : 9 November 2023
Durasi : 99 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Sharifah Amani, Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su, Farah Ahmad, Namron, Nadiya Nisaa, Hisyam Hamid, Iedil Dzuhrie Alaudin, Syumaila Salihin, Wafiy


SINOPSIS:
Mengisahkan tentang seorang wanita yang membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna di sebuah kampung yang sunyi, malas lagi tidak bermaya, Kampong Bras Basah. Orang kampung mengalu-alukan kedai La Luna ini tetapi ia ditentang hebat oleh ketua kampung bersifat kuku besi yang mahu memusnahkan perniagaan itu dengan apa cara sekalipun

La Luna (Netflix) | Review Movie

Mengisahkan Kampung Bras Basah yang mengamalkan nilai-nilai islamik, Tok Hassan (Wan Hanafi Su) sebagai ketua kampung dengan tegas menolak sebarang bentuk hiburan yang melalaikan.

La Luna (Netflix) | Review Movie

banyak juga kerja Salihin (Shaheizy Sam) sebagai chief police officer di situ, bukan sibuk nak pantau jenayah sivil tapi juga kesalahan tingkah laku yang ditetapkan dalam undang-undang kampung tersebut yang dibuat oleh Tok Hassan yang mana pesalah ada dikenakan khidmat masyarakat membersihkan kawasan kampung.

Salihin seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Azura (Syumaila Salihin). Azura yang meningkat remaja banyak merungut dan tidak berpuas hati dengan perangai kuku besi Tok Hassan.

La Luna (Netflix) | Review Movie

Suatu hari, Hanie Abdullah (Sharifah Amani) datang ke Kampung Bras Basah untuk membuka kedai menjual pakaian dalam wanita bernama La Luna. Walaupun pada awalnya perniagaan Hanie dikritik tapi kemudiannya mendapat sambutan golongan wanita di kampung tersebut dan banyak perubahan positif dalam hubungan suami isteri. 

sudah tentu perkara ini tidak disukai oleh Tok Hassan sehingga menggunakan kuasanya untuk mengkritik kedai Hanie membawa pengaruh buruk dalam khutbah jumaat di masjid dan mencari jalan untuk menghalau Hanie keluar dari situ.

La Luna (Netflix) | Review Movie

Ustaz Fauzi (Iedil Dzuhrie Alaudin) selaku imam masjid cuba melakukan perubahan seperti memasukkan selingan lawak dalam khutbah jumaat kerana mahu menarik perhatian pendengar tapi ditentang keras oleh Tok Hassan.

Tok Hassan menggunakan kuasanya untuk mengawal Ustaz Fauzi sepenuhnya. Kemuncaknya Ustaz Fauzi rasa tidak selesa bila Tok Hassan menggunakan cara yang salah untuk menyingkirkan Hanie membuatkan dia cuba melawan.

La Luna (Netflix) | Review Movie

motif sebenar Hanie membuka kedai La Luna di situ untuk membantu golongan wanita seperti Yam (Nadiya Nisaa) yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga yang dilakukan suaminya, Pa'at (Hisyam Hamid). 

tapi itulah isu macam ni takde pula Tok Hassan mengambil berat malah boleh pula menyokong tindakan Pa'at bila Yam melarikan diri  dan tidak mahu pulang ke rumahnya.

La Luna (Netflix) | Review Movie

bagi aku, plot dan jalan ceritanya menarik tentang kedai pakaian dalaman wanita yang dianggap ancaman besar pada orang kampung padahal apa yang Hanie buat tu tak salah sebab menjual barang keperluan wanita malah kedai dia mengamalkan dasar tertutup yang melarang lelaki masuk.

Tok Hassan nak mengekalkan nilai islamik itu bagus tapi cara dia melampau sehingga tidak mendengar suara golongan muda yang mahukan perubahan asalkan tidak bertentangan dengan islam. tapi kat penghujung boleh nampak Tok Hassan menggunakan agama untuk kepentingan sendiri dalam erti kata lain penunggang agama.

banyak isu yang dibawa dalam filem La Luna agak berat terutama sekali berkaitan soal agama, keganasan rumah tangga tapi dapat diseimbangkan dengan unsur komedi yang menarik dan menghiburkan. Gandingan Shaheizy Sam dan Sharifah Amani sangat best, tak kurang juga barisan pelakon lain yang memberikan lakonan yang mantap.

Overall, La Luna sebuah filem yang fresh dan menghiburkan, ada ada mesej dan nilai pengajaran yang cuba disampaikan.

Post a Comment

0 Comments