Kuba Guling Karipap Pusing (Awesome TV) | Review Telefilem

Kuba Guling Karipap Pusing (Awesome TV) | Review Telefilem

Telefilem : Kuba Guling Karipap Pusing
Produksi : Pena Creative Pictures
Pengarah : Izuan Mokhtar
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Siaran : Awesome TV/ VIU
Tayangan : 24 Januari 2021
Durasi : 1 jam 32 minit
Pelakon : Rozita Che Wan, Catriona Ross, Azlee Khairi, Ezad Lazim, Razak Ahmad, Kazar, Muzayyin Mahyuddin

SINOPSIS:
Mengisahkah pertelingkahan antara dua orang wanita akibat salah faham. Seorang wanita yang berniaga kuih di sebuah gerai membantu seorang wanita lain dengan mengambilnya sebagai pembantu dan akhirnya membantunya memulakan perniagaan bersamanya. Salah faham mula berlaku apabila kuih yang diperkenalkan mula mendapat perhatian ramai dan wanita yang dibantunya berkawan dengan lelaki yang selama ini menjadi pujaannya


Kuba Guling Karipap Pusing (Awesome TV) | Review Telefilem

Mengisahkan Ani (Catriona Ross) seorang usahawan kecil yang berniaga kuih kuba guling dan perniagaannya mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat.

Suatu hari, Mira (Rozita Che Wan) yang baru sahaja tiba di kampung tersebut sedang mencari pekerjaan. Ani menawarkan Mira untuk menjadi pembantunya dan tinggal di rumahnya. Apabila mendapat tahu Mira pernah berniaga kuih, Ani mencadangkan Mira menjual kuih di gerainya.

Mira menerima cadangan tersebut dan mula menjual karipap pusing di gerai Ani. Namun melihat kuih karipap pusing Mira mendapat sambutan dan laku keras, Ani mula cemburu dan tidak senang duduk dengan situasi tersebut. tambahan pula apabila melihat lelaki pujaannya, Yusuf (Azlee Khairi) semakin rapat dengan Mira.

Kuba Guling Karipap Pusing (Awesome TV) | Review Telefilem

Ani yang cemburu bertindak melampaui batas apabila menghalau Mira dari rumahnya, malah menabur fitnah kononnya Mira menggunakan bomoh dan menganggu gerai kuih Mira sehingga perniagaan Mira terjejas.

Yusuf yang melihat Mira berputus asa untuk berniaga mencadangkan Mira berniaga karipap frozen dan menerima tempahan secara online. Adakah Mira akan berjaya dalam perniagaannya? 

Walaupun Mira bermula dari bawah tapi mempunyai marketing yang bagus dan pandai menjaga hati pelanggannya, lain pula dengan Ani yang selesa bila kuihnya selalu saja laku keras tapi bila melihat bisnes orang lain naik mulalah tidak senang duduk dan tidak habis sabotaj pesaingnya.

Kesimpulannya, Kuba Guling Karipap Pusing sebuah telefilem komedi santai yang penuh dengan mesej dan nilai pengajaran.

Post a Comment

0 Comments