Drama Di Sebalik Permata Yang Viral di TikTok

Drama Di Sebalik Permata Yang Viral di TikTok

Drama Di Sebalik Permata trending kejap di TikTok gara-gara scene semua doktor pakar kena seru dengan heronya untuk merawat isterinya bila nurse kat hospital tu buat muka kerek malas nak layan permintaan dia.

aku tak kenal pelakon dia dan tak pernah nampak mereka berlakon dalam drama kat tv, ingatkan sinetron la rupa-rupanya memang drama melayu, drama pendek yang tayang di TikTok.

sempat juga melayan 20 episod, konsep Di Sebalik Permata macam drama pendek chinese. apa yang aku perasan drama ni sebenarnya nak promote beberapa produk so dia tak berapa kisah dengan logik akal dalam skrip dan jalan ceritanya.

Drama Di Sebalik Permata Yang Viral di TikTok

Antara barisan pelakon dalam drama Di Sebalik Permata; Putri Damia sebagai Natasha Malik, El Umar Mukhtar sebagai Rayhan, Ekmal Suhaimi sebagai Iskandar, Azim Shah sebagai Raes Lokman, Anis sebagai Jannah, Mizi Razwan sebagai Akmal, Riena Amira sebagai Sakinah, Sofia Sabri sebagai Hanis, dan Zack sebagai Rahan Fahmi.

Di Sebalik Permata mengisahkan Natasha Malik berkahwin dengan Rayhan yang berkenalan melalui dating apps sebab rimas bila ibunya tak habis mahu dia berkahwin. permulaan cerita pun aku dah macam eh eh senangnya kau kahwin dan dia memang tak tahu siapa suaminya. Disangkanya Rayhan dari keluarga sederhana tapi sebenarnya CEO Sentosa Group. pastu kahwin pun family tak tahu.

Walaupun setiap episod cuma berdurasi 2-3 minit tapi pening juga dengan plot yang melompat-lompat. pastu nak dijadikan cerita si Natasha ni amnesia, tak pernah ingat sejarah lima tahun lepas yang mana dia bekerja sebagai pelayan di Superstar Karaoke dan pernah mengandung. pastu aku dah malas nak sambung tengok sebab aku pernah tengok plot macam ni dan dah boleh teka yang heroin dia ada sejarah dengan hero dia tanpa dia sedar.

cringe pun ada juga dengan drama ni itu belum nak sembang pasal benda tak logik hurmm. kalau korang jenis mudah terhibur dan tak kisah dengan plot dan skrip yang macam assignment budak uni, try la tengok Di Sebalik Permata.

Post a Comment

0 Comments