5 Disember (TV9) | Sinopsis Telefilem

5 Disember (TV9)

Saksikan telefilem 5 Disember yang akan ditayangkan semula pada 1 Februari ini, hari khamis jam 8.30 malam di slot Kuasa 3 Malam TV9. Tonton juga secara strim live HD di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton di Google Play atau Apple Apps Store.

Sinopsis Telefilem 5 Disember

Mengisahkan Mastura (Nabila Huda) dan Aidil (Aqasha) yang memilih tarikh 5 Disember untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.

Aidil sudah mendapat kerja di Kuala Lumpur lalu Mastura meminta Aidil mencari pekerjaan untuk di sana supaya dapat memudahkan urusan selepas mereka berkahwin kelak.

Suatu hari, Mastura menaiki bas ke Kuala Lumpur dari Johor Bharu untuk bertemu Aidil. Dalam masa yang sama muncul seorang lelaki bernama Firdaus (Aaron Aziz) yang terjatuh hati pada Mastura. Mastura cuba melarikan diri dari lelaki itu dan kemudiannya hilang.

Namun sehingga jam 12 tengah malam, Mastura tidak muncul. Keadaan menjadi tegang apabila ibu bapa Mastura mendapat panggilan polis meminta mereka mengecam mayat yang dijumpai.

Post a Comment

0 Comments