Puisi Sedih Al Kitab (TV3) | Review Telefilem

Puisi Sedih Al Kitab

Telefilem : Puisi Sedih Al Kitab
Produksi : Aniq Communication Sdn Bhd
Pengarah : Khir Rahman
Penulis Skrip : Nor Faznita Md Nor
Siaran : TV3
Tayangan : 10 Jun 2017
Durasi : 88 minit
Pelakon : Siti Elizad Sharifuddin, Khir Rahman, Riz Amin, Liza Othman, Sein Qudsi, Ieka Zulkifli, Zukhlayca Zahary, Anuar Hamid Aziz, Shazman Isaac

SINOPSIS:
Nadirah dihadiahkan senaskah Al-Quran oleh ayahnya untuk dibaca. Namun setelah tamat pengajian, Nadirah mula bekerja dan melupakan Al-Quran pemberian ayahnya.

 

Puisi Sedih Al Kitab

Puisi Sedih Al Kitab mengisahkan Nadirah (Siti Elizad) yang dihadiahkan oleh ayahnya senaskah al-quran ketika dia mula belajar membaca al-quran pada usia 6 tahun. Apabila tamat pengajiannya, Nadirah langsung tidak membaca al-quran dan lupa dengan hadiah pemberiannya ayahnya itu.

Nadirah kemudiannya dijodohkan oleh ayahnya dengan Imran (Riz Amin) tapi hubungan mereka hambar sehingga dia mengandung, Nadirah mendapat tahu Imran mempunyai skandal tapi Imran menafikan dan memberitahu itu semua kisah silamnya.

Satu demi satu ujian menimpa Nadirah apabila dia disahkan menghidap barah payu dara, dalam masa yang sama mengetahui suaminya sudah berkahwin lain. Nadirah mahu berpisah tapi Imran tidak mahu melepaskannya. Hal ini menyebabkan Nadirah menyalahkan ayahnya.

Puisi Sedih Al Kitab

Manakala Hafiz (Khir Rahman) pula seorang doktor pakar bedah yang berjaya tapi perkahwinannya dilanda masalah apabila isterinya mahu bercerai kerana Hafiz terlalu sibuk dengan kerjaya dan langsung tidak memberi perhatian kepada keluarga.

Hafiz kemudianya bertemu dengan Barry atau Muhammad (Sein Alqudsi), teman serumahnya ketika belajar di luar negara. Barry mahu memulangkan senaskah al-quran milik Hafiz yang telah dibawa bersama ke mana sahaja. Hafiz memberitahu al-quran tersebut bukan miliknya.

Al-Quran tersebut mempunyai nama dan alamat pemiliknya. Barry mencadangkan Hafiz mencari pemiliknya kerana mungkin ada hikmah tersembunyi dan cerita di sebalik kitab tersebut

Puisi Sedih Al Kitab (TV3) | Review Telefilem

Pencarian tersebut menemukan Hafiz dengan Nadirah, mereka cuba mencari jawapan bagaimana al-quran tersebut boleh sampai jauh ke Ireland. Bagi Nadirah dan Hafiz, mungkin ini adalah petunjuk dan hidayah untuk mereka berubah.

Puisi Sedih Al Kitab sebuah kisah tentang dua individu yang belajar membaca al-quran sejak kecil tapi tidak mengamal dan melupakan kitab tersebut apabila mereka menginjak dewasa. Setiap manusia akan menempuh pelbagai cabaran dalam hidupnya tapi al-quran adalah pengubatnya. 

Overall, sebuah telefilem yang menarik dan ada nilai pengajaran yang cuba disampaikan.

Post a Comment

0 Comments