Hati Tercarik Luka (TV3) | Sinopsis Drama

Hati Tercarik Luka (TV3)
Kredit: Instagram Drama Sangat Official

Slot Samarinda kembali dengan drama terbaru bertajuk Hati Tercarik Luka yang diadaptasi dari karya Aida Asmida bagi menggantikan drama Surat Dari Tuhan.

Sebuah drama arahan sutradara Emi Suffian dan skrip ditulis oleh Nieza Nahar, Hati Tercari Luka dibintangi oleh Zara Zya, Syarul Ezani yang sebelum ini popular dengan watak Ali dalam drama Kami, dan Ryun Ryry yang telah lama berkecimpung dalam dunia lakonan dari usia kanak-kanak.

Baca juga : Review Novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida


Hati Tercarik Luka mengisahkan ketabahan seorang wanita dalam mengharungi kehidupan rumah tangga yang penuh onak dan duri apabila pasangannya curang dan berkahwin dengan wanita lain tanpa pengetahuannya.

Hati Tercarik Luka (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Hati Tercarik Luka
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Emi Suffian
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 21 Disember 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Zara Zya, Syarul Ezani, Ryun Ryry, Fizo Omar, Mia Nasir, Jasmin Hamid, Aleza Shadan, Haeriyanto Hassan, Halim Radzi

Sinopsis Drama Hati Tercarik Luka

Mengisahkan kehidupan rumah tangga Eyda Amanda yang bergolak kerana suaminya, Dani Zairie bermain kayu tiga dengan teman pejabatnya bernama Maya Maria.

Eyda cuba mempertahankan perkahwinannya namun pelbagai dugaan menimpanya apabila ada pihak tidak berpuas hati mengenakan ilmu hitam ke atasnya dan terserlah sisi gelap Dani yang sebelum merupakan seorang suami yang penyayang.

Adakah Eyda mampu mempertahankan rumahtangganya dan seterusnya menemui kebahagian dalam hidupnya? Ikutilah kisah cinta tragis di sebalik derita air mata yang begitu mendebarkan. Menusuk jiwa dan menyentuh perasaan.

Pelakon & Watak

  • Zara Zya sebagai Eyda Amanda
  • Syarul Ezani sebagai Dani Zairie
  • Ryun sebagai Maya Maria
  • Fizo Omar sebagai Rykal
  • Mia Nasir sebagai Anies
  • Jasmin Hamid sebagai Puan Safina
  • Aleza Shadan sebagai Hajah Ummi

Hati Tercarik Luka (TV3) | Sinopsis Drama

Drama Hati Tercarik Luka bersiaran pada 21 Disember 2023 dan berakhir pada 16 Januari 2024 seterusnya drama Menanti Senja akan menghiasi slot Samarida TV3 mulai 17 Januari 2024.

Post a Comment

0 Comments