Hati Tercarik Luka by Aida Asmida | Book Review

Hati Tercarik Luka TV3

Novel : Hati Tercarik Luka
Penulis : Aida Asmida
Helaian : 524
Penerbit : Alaf 21
Terbitan : November 2019

Review Novel Hati Tercarik Luka

Mengisahkan Eyda Amanda mengikat tali pertunangan dengan Dani Zairie yang diatur oleh keluarga mereka. Hubungan mereka bahagia dan Eyda sangat mencintai Dani walaupun baru berkenalan namun fasa pertunangan mereka diuji apabila ada seorang wanita mengaku mempunyai hubungan dengan Dani sehingga ke bilik tidur.

Eyda kecewa bila mengetahui perangai sebenar Dani tapi selepas dipujuk sehingga campur tangan ahli keluarga, Eyda akhirnya berkahwin dengan Dani. Perkahwinan mereka bahagia sehingga dikurniakan seorang anak. tapi waktu isteri baru lepas pantang inilah Dani buat perangai balik, ada affair dengan rakan sepejabatnya bernama Maya Maria.

Sejujurnya agak stress juga nak menghabiskan bacaan sebab watak dalam novel ni jenis tak rasional dan tak matang dalam berfikir mahupun bertindak. masing-masing pakat nak menggila dah kenapa.

Eyda sebagai watak utama agak merimaskan juga, aku mengharapkan watak ni lebih matang sebaliknya si Eyda terlebih mengikut emosi nak handle masalah rumah tangga dia bersama Dani. kalau dah suami dah buat perangai tak balik rumah berhari-hari, dah berani angkat tangan pastu bernikah lain secara senyap kat siam. tak payah nak buang masa pergi cari suami pastu sakit hati dan sakit badan lagi sebab dapat madu pula jenis main bomoh, dah boleh kot terus pergi mahkamah minta cerai.

yang Dani pula, aku pun tak faham apa jenis bangsat dia ni maybe dah benak sangat kot makan benda yang Maya bagi. kemain cakap sayang isteri tapi kau tinggalkan isteri kau sebab sibuk buat skandal dengan bini orang pastu boleh pula pukul isteri sendiri. aishhh menyakitkan hatilah laki jenis macam ni.

pengakhirannya oklaa sebab Eyda bahagia dengan kehidupannya sendiri pastu Dani pula baru tersedar kena guna-guna dengan si Maya. overall, jalan cerita yang bagi aku sangat klise untuk diadaptasi ke drama pukul 7.

**MY RATING : 3.0/ 5**


Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi, akhirnya mahligai bahagia terbina jua. Eyda Amanda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani Zairie akan kekal abadi selagi hayatnya. Namun sayang, cinta sucinya dikhianati. Badai melanda lantaran kehadiran orang ketiga.

Dani Zairie tidak pernah berubah. Jejaka macho dengan trademark playboy ini mudah hanyut dalam pujuk rayu perempuan-perempuan yang menggilainya. Sehingga akhirnya, Eyda Amanda terpaksa mempertaruhkan nyawa hidup di sisi Dani Zairie. Lantaran amalan ilmu hitam, perempuan sihir yang terlalu obses untuk memiliki Dani Zairie separuh nyawa

Pengorbanan cinta Eyda Amanda hanya sia-sia. Percintaan yang tiada penghujungnya. Lantaran perbuatan durjana syaitan bertopengkan manusia. Permainan cinta dan kecurangan Dani Zairie akhirnya mencetuskan derita dan sengsara buat Eyda Amanda.

Di mana noktah kehidupan yang harus Eyda Amanda tempuhi? Mampukah Eyda Amanda mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama Dani Zairie? Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta mereka?

Post a Comment

0 Comments