Surat Dari Tuhan (TV3) | Sinopsis Drama

Surat Dari Tuhan

Drama : Surat Dari Tuhan
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Rozie Rashid, Soula Nordin, PGRs Team
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 30 Oktober 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 30
Pelakon : Janna Nick, Shukri Yahaya, Ummi Nazeera, Sheila Mambo, Trisha Ooi, Wanns Ahmad, Qistina Raisah, Arash Mohd, Syefikk, Balkisyh Semundur Khan, Meor Mohd, Shahidan Izwan, Qayra El, Nik Ramly Rejab, Nada Nur Syahada

Surat Dari Tuhan

Sinopsis Drama Surat Dari Tuhan

Mengisahkan Ryan (Shukri Yahaya) yang nekad untuk berkahwin dengan Misha (Janna Nick) walaupun mendapat tentangan dari ibunya, Rafilah (Sheila Mambo) kerana Misha pernah memutuskan pertunangan beberapa minggu sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Selepas perkahwinan ternyata firasat Rafilah betul, Misha bersikap talam dua muka dan hanya bersikap baik di depan suaminya. Namun di belakang semua orang, Misha melayan Rafilah dengan teruk. Ryan mengambil kesempatan membawa ahli keluarganya menunaikan umrah tapi dia tidak tahu situasi Rafilah yang terpaksa menerima layanan buruk dari Misha.

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. 

Suzana (Ummi Nazeera) yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Post a Comment

0 Comments