Zuriat Dari Penjara (TV1) | Sinopsis Drama

Zuriat Dari Penjara

Drama : Zuriat Dari Penjara
Produksi : Double Channel Sdn Bhd
Pengarah : Sham Jr
Penulis Skrip : Haida Mazni Mohammad
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 4 November 2023
Masa : Jumaat-Ahad | 6.45 Malam
Episod : 26
OST/ Lagu Tema : Sujud (Linda Rafar)
Pelakon : Wafariena Roslan, Josiah Hogan, Rasya Dean, Syed Aiman, Linda Rafar, Danny Anwa, Mubarak Majid, Aliza Rafar, Jesse Lim, Addam Roslan, Nuzul Harisyah, Adik Ebrahim Danie

Sinopsis Drama Zuriat Dari Penjara

Mengisahkan Shara lakonan Wafariena, seorang gadis kampung tinggal dengan keluarganya yang serba kekurangan. Situasi itu membuatkan Shara membesar menjadi anak yang suka memberontak dan membantah apa sahaja kata orang tuanya.

Masa berlalu dek kerana mahu mengecap kekayaan dalam masa yang singkat dengan cara yang mudah, Shara termakan umpan seorang lelaki yang mengupahnya menghantar barang. Rupa-rupanya barang tersebuat adalah dadah dan malangnya Shara telah ditangkap pihak polis. Ketika itu dia telah berkahwin dengan Zaman (Josiah Hogan), lelaki yang dicintainya.

Kisahnya dilanjutkan dengan Zaman dan Erina (Rasya Dean) diamanahkan menjaga zuriat dari penjara. Zuriat itu sebenarnya adalah dari isteri pertamanya Shara yang dipenjarakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Rizky telah dilahirkan di penjara. Ketika Shara dimasukkan ke penjara, dia mengandung dua bulan. Zaman tidak mengetahui perkara tersebut.

Post a Comment

0 Comments