Sempurnakah Cinta Kita (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Sempurnakah Cinta Kita (Awesome TV) | Sinopsis Drama

Drama : Sempurnakah Cinta Kita?
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : EJump Mohd
Penulis Skrip : Nieza Nahar, Ainaa Maryam
Siaran : Awesome TV3
Mula Tayangan : 14 November 2023
Masa : Isnin-Rabu | 7.00 Malam
Episod : 18
Pelakon : Shah Jaszle, Harissa Adlynn, Azrel Ismail, Melissa Aurellia, Zilla Bakarin, Harun Hashim

Sinopsis Drama Sempurnakah Cinta Kita

Mengisahkan Aliff (Shah Jaszle) yang menyukai Sarah (Melissa Aurellia) tapi kecewa apabila mengetahui Sarah memilih kawan baiknya, Arif (Azrel Ismail) sebagai pasangan hidup.

Arif yang rasa bersalah, tidak mahu membiarkan Aliff terus bersedih lalu dia membuat rancangan dengan Sarah untuk memperkenalkan Aliff dengan Lina (Harissa Adlynn) yang merupakan kawan baik Sarah.

Aliff seorang produser drama yang perwatakan ceria berbeza dengan Lina seorang yang indepent dan lantang bersuara. Aliff dan Lina pernah bertemu dalam satu insiden yang menyebabkan mereka tidak sependapat dan sering bergaduh tambahan pula bila tahu kawan baik dan keluarga mereka mahu melihat mereka berdua disatukan.

Adakah rancangan Arif dan Sarah untuk menyatukan Aliff dan Lina akan berjaya? Adakah Aliff dan Lina dapat mencari titik persamaan apabila perwatakan mereka jauh berbeza bagai langit dan bumi?

Sempurnakah Cinta Kita (Awesome TV)

Jangan lupa saksikan Sempurnakah Cinta Kita sebuah drama romatik komedi lakonan Shah Jaszle dan Harissa Adlynn yang ditayangkan mulai 14 November 2023, pada setiap hari isnin hingga rabu jam 7.00 malam di slot Dramatix Awesome TV melalui saluran Astro (123) atau MyTV (112)

Post a Comment

0 Comments