Review Novel: Lecturer Sebelah Rumah Revamp by Cik Mardiah

Lecturer Sebelah Rumah Revamp by Cik Mardiah

Novel : Lecturer Sebelah Rumah Revamp
Penulis : Cik Mardiah
Helaian : 559
Penerbit : AHA Publication
Terbitan : Mei 2023

Genap usianya yang ke dua puluh empat tahun, Rhea disuruh pulang ke Malaysia setelah hampir dua puluh tahun menetap di negara orang. Meski hati rasa berat, dia terpaksa akur dengan permintaan kedua orang tuanya agar dia pulang menemani Opah di kampung.

Takdir mempertemukan Rhea dengan seorang jejaka kampung. Mikael namanya. Cucu jiran sebelah rumah. Tapi, sayangnya mulut tak ada filter! Pantang jumpa, ada saja yang tak kena. Tapi siapa sangka, Mikael itu merupakan pensyarahnya di kolej. Haih, apalah malang sangat nasib dia berjirankan pensyarah seperti Mikael?

Bila semuanya sudah tertulis, siapa dia mahu menidakkan rasa cinta yang mula bertunas buat lelaki itu?

“Aku rasa aku berminat dengan Hani,” - MIKAEL.

Mungkin perit, tapi itulah hakikat yang harus diterima. Hendak salahkan siapa jika hati Mikael sudah terpaut pada Hani, sahabat baiknya sendiri? Kerana kecewa, Rhea membawa diri bersama hati yang sudah tergores luka.

Pertemuan semula dengan Mikael setelah tiga tahun kembali mengucar-ngacirkan perasaannya. Ternyata rasa cinta buat Mikael masih ada. Namun Rhea tahu, bukan mudah untuk dia memiliki Mikael di saat hati lelaki itu masih terikat pada orang yang sama.

Rhea terpaksa akur pada takdir. Benarlah, cinta itu tak semestinya memiliki.


Review Novel: Lecturer Sebelah Rumah Revamp

Alkisahnya Rhea yang dari kecil menetap di luar negara bersama keluarganya disuruh pulang untuk menemani neneknya di kampung di samping menyambung pelajaran di kolej berdekatan. Rhea rapat dengan Mikael yang merupakan cucu kepada kawan baik neneknya dan juga jiran sebelah rumah kemudian dia dapat tahu Mikael adalah pensyarah di kolejnya.

Hubungan Rhea dan Mikael sangat rapat dan ada kalanya bertikam lidah walaupun jarak usia mereka 3 tahun. Dalam diam Rhea tersangkut ada perasaan kat Mikael tapi Mikael berkenan pada kawan baiknya, Hani. 

Kerana kecewa, Rhea membawa diri bersama hati yang sudah tergores luka. Tiga tahun kemudian, mereka bertemu kembali. Adakah Rhea dapat memiliki cinta Mikael, hah yang itu silalah baca sendiri pengakhirannya.

tak sure apa beza versi lama dengan versi revamp tapi bagi aku novel ni terlalu tebal sebab konflik dia tidaklah terlalu berat dan sesuai untuk bacaan ringan. perwatakan Rhea agak menarik. suka dengan hubungan Rhea dan Mikael, teman tapi mesra gitu. saling ada perasaan cuba Mikael tak sedar perasaannya pada Rhea. ada beberapa watak lain juga yang menarik dan menghiburkan.

tak tahu nak komen apa lagi sebab memang konflik dia tak berat, sekali baca pun dah habis. overall sis enjoy la dengan jalan ceritanya.

**MY RATING: ⭐⭐⭐/5**

Baca juga : Novel Her Chosen Imam karya Cik Mardiah


Boleh Dapatkan Novel Lecturer Sebelah Rumah Revamp karya Cik Mardiah kedai rasmi Shopee AHA Publication.

Post a Comment

1 Comments