Sumpahan Jerunei (Netflix) | Review Movie

Sumpahan Jerunei (Netflix) | Review Movie

Filem : Sumpahan Jerunei
Produksi : Produksi Seni 2020
Pengarah : Jason Chong
Penulis Skrip : Jason Chong, Sky Khor, Sofia J Rhyland, Wendy Wong
Network : Netflix
Tayangan : 27 Julai 2023
Durasi : 1 jam 45 minit
Genre : Seram, Thriller, Misteri
Pelakon : Uqasha Senrose, Bront Palarae, Syafie Naswip, Dayan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Ruminah Sidek, Yuyun Hikmah, Sabrina Hassan

SINOPSIS:
Diilhamkan oleh upacara pengorbanan sebenar yang bermula sejak abad ke-13, Jerunei menceritakan kisah Dr. Sani dan sepasukan yang pergi mencari isterinya, yang hilang semasa ekspedisi untuk mengkaji Jerunei (Tiang Totem) tertentu. Semasa mereka menyisir hutan untuk mendapatkan jawapan, setiap ahli mengalami kejadian halusinasi, sakit yang luar biasa dan ada juga yang mendapati diri mereka terjaga di tempat yang pelik. Keadaan menjadi lebih buruk apabila jasad salah seorang daripada mereka diambil alih oleh roh yang telah dikorbankan di sebuah Jerunei.

Sumpahan Jerunei

Diinspirasi dari kisah benar mengenai misteri pengembumian kaum Melanau yang menggunakan jerunei untuk mengembumikan golongan bangsawan dan terhormat manakala dua hamba pula akan terpilih untuk bersama dengan si mati.

Sumpahan Jerunei mengisahkan Bee (Uqasha Senrose) yang mencari individu berminat untuk bersamanya mengkaji misteri jerunei yang bakal diiktiraf sebagai tapak warisan global. selain itu juga, Bee berusaha menjejaki pasukan penyelidik sebelum ini yang tiba-tiba menghilang tanpa jejak semasa melakukan kerja-kerja penyelidikan di sana.

Dr Sani (Bront Palarae) bersetuju untuk menyertai Bee kerana mencari isterinya, Suraya (Sabrina Hassan) yang merupakan ketua pasukan yang hilang tersebut. Selain Dr Sani, pasukan Bee turut disertai oleh Arjuna (Syafie Naswip), Hana (Dayan Trisha) dan Tommy (Amerul Affendi).

Sumpahan Jerunei (2023)

Kedatangan Bee dan pasukannya disambut baik oleh ketua kampung, Madui (Tony Eusoff) tapi rata-rata penduduk di situ nampak sangat tidak menyenangi kehadiran mereka.

Sejak hari pertama lagi, Bee diganggu dengan bayangan seorang gadis dan bila sampai di tapak kem lagi teruk dia dengan Hana diganggu pada malam tersebut sampai Hana give up nak tarik diri dari meneruskan misi tersebut.

Kemuncaknya keadaan menjadi huru hara apabila salah seorang daripada mereka mengambil benda yang bukan milik mereka tapi yang menarik tersingkap misteri sumpahan jerunei tentang korban seorang gadis yang cuba membalas dendam pada pewaris terakhir yang membuat khianat kepadanya.

Sumpahan Jerunei (Netflix) | Review Movie

filem ni seram juga sebab based on true story, bila starting cerita pasal sejarah jerunei pun dah rasa seram. plot dan jalan ceritanya sangat menarik sebab ingatkan pasal member buat hal tapi rupa-rupanya ada kisah sebalik sumpahan jerunei yang berlaku.

tapi sayang juga sebab sepanjang tengok filem aku terganggu betul dengan cgi yang ke laut, bila tengok filem ni aku rasa macam di antara dua alam yang berbeza sebab pelakon dengan latar yang guna cgi kat belakang tak blend langsung. dengarnya penerbit kena tipu dengan pengarah cgi dari luar negara. ntahlah.

aku tak letak expectation yang tinggi sangat sebelum tengok Sumpahan Jerunei sebab banyak filem melayu masuk netflix semuanya jalan cerita macam tuttt ttapi seriusly walaupun cgi teruk giler tapi suka dengan plot dan jalan ceritanya plus lakonan barisan pelakonnya yang mantap.

Post a Comment

1 Comments