Review Movie: Brave Citizen (2023)

Review Movie: Brave Citizen (2023)

Title : Brave Citizen
Director : Park Jin Pyo
Release Date : 25 October 2023
Duration : 1 hour 52 minutes
Genre : Action, Comedy, Drama
Cast : Shin Hye Sung, Lee Jun Young, Park Jung Woo, Cha Chung Hwa, Park Hyuk Kwon, Lee Chan Hyung

SYNOPSIS: 
The story of hero So Si Min, who once ruled the nation with her top-tier hapkido skills as a high school athlete. Seven years later, after becoming a part-time teacher, So Si Min finds herself the target of the evil student Han Soo Kang.

Review Movie: Brave Citizen (2023)

Mengisahkan So Si Min (Shin Hye Sung) seorang guru kontak yang berpeluang mendapat jawatan tetap dalam tempoh tiga bulan. sepanjang tempoh tersebut, Si Min mempamerkan sikap yang ceria dan bersabar melayan kerenah guru yang bermacam ragam.

Suatu hari, Si Min menyaksikan seorang pelajarnya, Go Jin Pyung (Park Jung Woo) dibuli oleh Han Soo Gang (Lee Jun Young) tapi tiada siapa dapat membantu disebabkan Han Soo Gang ada kabel besar yang mana family dia bukan orang biasa-biasa. 

ramai dah yang jadi mangsa buli sampai guru sementara sebelum ni pun pernah bunuh diri tak tahan kena buli Han Soo Gang tapi tiada siapa berani buat laporan tentang kejadian tersebut dan guru pun hanya menutup mata tak mahu terlibat kerana tak mahu cari masalah dengan keluarga Han Soo Gang.

Si Min cuba viralkan kes tersebut di website sekolah tapi kemudiannya dia yang menjadi target Han Soo Gang.

Review Movie: Brave Citizen (2023)

sebenarnya Si Min adalah bekas atlet tinju yang berhenti disebabkan hal peribadi tapi dia geram bila tak boleh nak buat apa-apa pada Han Soo Gang yang kebal daripada undang-undang lagi satu sebab dia tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan jawatan tetap di sekolah tersebut.

Namun Si Min tak boleh tutup pada tengok pelajarnya terus dibuli oleh Han Soo Gang then dia decide untuk pakai topeng kucing melindungi identitinya untuk mengajar Han Soo Gang. 

Kemuncuk ceritanya, Han Soo Gang dapat tahu juga identiti individu yang memakai topeng tersebut so dia cabar Si Min untuk berlawan tinju dengan dia pada hari festival sekolah. 

Review Movie: Brave Citizen (2023)

firstly aku rasa Lee Jun Young macam tak sesuai bawa watak Han Soo Gang sebab nampak terlalu matang untuk bawa budak sekolah maybe aku pernah tengok dia berlakon sebelum ini, kadang nampak dia macam sebaya pula dengan cikgu sekolah nak dibandingkan dengan budak sekolah yang lain.

Filem Brave Citizen bukan filem cinta tapi tentang budaya buli yang berleluasa di sekolah sampai cikgu pun jadi mangsa sekali tapi tiada siapa berani melawan atau report perbuatan pembuli disebabkan keluarga dia somebody dan ada kepentingan tertentu dalam sekolah.

sebenarnya aku tak berkenan sangat bila watak budak sekolah pembuli yang digambarkan terlalu kebal dan bebas buat apa sahaja sampai pihak polis pun tak boleh buat ada sebab keluarga dia terlampau power dengan undang-undang. tapi overall terhibur juga layan drama ni sebab lakonan mantap dari Shin Hye Sung dan barisan pelakonnya.

Post a Comment

0 Comments