Kay Bukan Satu Malam by Raisyas Azliey | ebook Review

Kay Bukan Satu Malam by Raisyas Azliey | ebook Review

Tajuk : #Kay Bukan Satu Malam
Penulis : Raisyas Azliey
Helaian : 352
Penerbit : Raisyas Azliey Publication
Terbitan : Mac 2022

Kayla dan Firdhan. Kisah mereka bermula pada malam pertama perkahwinan Firdhan sendiri. Siapa sangka, malam yang sepatutnya dinikmati penuh keindahan tidak seperti yang diharap.

Firdhan bercinta dengan Kaleela. Menikahi Kaleela. Anehnya yang menjelma depan mata Firdhan bukannya Kaleela tetapi Kayla. Kayla yang Firdhan belum pernah tahu kewujudannya selama ini!

Bila terbongkar semuanya, lebur seluruh cinta yang ada. Yang tinggal cuma dendam amarah.

Tekad Firdhan cuma satu. Dia akan pastikan dendamnya pada dua beradik kembar itu berbalas.


Review  Novel Kay Bukan Satu Malam

Alkisahnya Kayla dan Kaleela kembar seiras. Pada malam pertama perkahwinan Kaleela dan Firdhan, Kaleela minta Kayla menggantikan tempatnya sebab takut Firdhan tahu dirinya sudah tiada dara lagi. Fidhan tak pernah tahu kewujudan Kayla tapi dia boleh tahu perempuan yang berada di biliknya bukan isterinya sebab perwatakan Kaleela dan Kayla sangat berbeza walaupun mereka kembar seiras.

Apabila rancangan Kaleela kantoi, Firdhan nak balas dendam dengan menceraikan Kaleela dan beri kata putus kepada Kayla sama ada jadi isterinya atau keluarga mereka kena tanggung saman. Kayla setuju dengan harapan Firdhan memaafkan Kaleela dan dirinya tapi sepanjang perkahwinan tersebut, Kayla menderita kerana dendam Firdhan.

kesian juga dengan Kayla sebab jadi mangsa keadaan. dalam keluarga pun emaknya melebihkan Kaleela, pastu si Kaleela ni pun suka buli dan mengugut Kayla. geram tau dengan perangai Kaleela, kau tak belajar agama ke apa nak suruh adik kau gadai kesucian dia sebab alasan bodoh kau. perangai pun tak semenggah asyik menipu padanla baru kahwin dua hari dah kena cerai.

sepanjang perkahwinan, Firdhan ni ada sisi baik dia dan terjatuh cinta dengan perwatakan Kayla tapi itulah bila teringat dendam Kaleela, Kayla yang menjadi mangsa. overall, menghiburkan untuk bacaan ringan dan santai.

**MY RATING: ⭐⭐⭐ 3.5 /5**

Post a Comment

1 Comments