The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

Title : The Legend of Zhuohua
Director : Wen De Guang
Network : WeTV
Release Date : 19 August 2023
Episodes : 40
Duration : 45 minutes
Genre : Romance, Historical
Cast : Jing Tian, Feng Shao Feng, Wang Li Kun, Zhao Yi Ran, Xu Hai Qiao, Ye Sheng Jia, Yang Zhi Wen, Zhao Huan Ran, Wang Jun Bi, Zhan Yu, Shi Yue Ling

SYNOPSIS:
It tells the love story of a woman who overcomes many trials to become a female official, and a general who has weathered many hardships in his road to victory. 

Despite being an illegitimate daughter, Mu Zhuo Hua breaks away from the path of traditional women during her time, as she escapes from her own wedding and enters the capital to seek a position as a female official. In her journey, she meets Liu Yan, a man known as the god of war. He may have been defeated on the battlefield, but he does not waver in his resolve, as he endures hardships to avenge his grievances. The two may have started out trying to use each other for their own purposes, but eventually join hands in their mission to better the nation, creating a world where women can also enter the court as officials.

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

The Legend of Zhuohua mengisahkan seorang gadis yang bercita-cita mengambil peperiksaan dan menjadi pengawal kerajaan. Mu Qi (Jing Tian) dilahirkan dalam keluarga kaya tapi tiada siapa yang menghiraukan dirinya selepas ibunya meninggal dunia kerana bapanya mempunyai ramai gundik dan anak. 

Mu Qi dijodohkan dengan seorang lelaki bangsawan tapi dia memilih untuk melarikan diri ke ibu kota untuk mencapai impiannya menjadi pengawal kerajaan memandang maharaja baru sahaja membenarkan golongan wanita mengambil peperiksaan.

Untuk mengelak dirinya dikesan oleh tunangnya, Mu Qi menukar namanya kepada Mu Zhuohua dan menggunakan pengetahuan dan kemahirannya dalam perubatan untuk mencari wang menampung hidup di ibu kota.

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

Liu Yan (Feng Shao Feng) atau Lord Ding seorang general perang terhebat yang juga adik kepada maharaja. Liu Yan terkesan dengan satu tragedi berdarah yang berlaku dalam satu peperangan lima tahun lepas. Liu Yan percaya ada orang yang cuba mengkhianati dirinya sehingga menyebabkan 30000 bala tenteranya terkorban dalam tragedi tersebut.

Sekembalinya ke ibu kota, Liu Yan masih menyiasat perkara tersebut apabila menemui klu baru tapi kebanyakkan bukti telah dihapuskan untuk menutup kebenaran sebenar. 

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

Mereka bertemu apabila Zhuohua menyelamatkan Liu Yan yang cedera parah terkena racun. Liu Yan mengarah orangnya untuk menyiasat latar belakang Zhuohua dan cuba menguji sama ada Zhuohua boleh dipercayai atau tidak.

Pada mulanya Zhuohua cuba mengambil kesempatan untuk meraih kepercayaan Liu Yan sebab dia nak lari dari orang bawahan tunangnya yang sibuk kejar dia. Selepas beberapa kali bekerjasama dengan Liu Yan dan menempuh pelbagai rintangan bersama, Mu Zhuohuo mulai rapat dan jatuh cinta dengan Liu Yan.

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

Selain mengejar cita-citanya di ibu kota, Mu Zhuohua juga mahu menyiasat asal-usul keturunan emak kandungnya. bagi Zhuohua emaknya bukan orang sembarangan sebab mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu perubatan.

Dari kecil lagi mak dia menggalakkan Zhuohua untuk belajar tinggi-tinggi. banyak kesusahan dan rintangan yang dihadapi oleh Zhuahuo lagi pula ramai lelaki yang pandang rendah dirinya walaupun dia berjaya lulus dalam peperiksaan.

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

Liu Yan sangat rapat dengan maharaja dan juga juga putera mahkota tapi hal ini tidak disenangi oleh Queen Dowager kerana merasakan satu ancaman dan takut Liu Yan memberontak merampas takhta kerajaan.

Dari awal lagi, Liu Yan syak yang Queen Dowager ada kaitan dengan tragedi berdarah lima tahun lepas tapi dia tiada bukti. Sehinggalah bila Zhuohua membantunya dalam penyiasatan tersebut, banyak petunjuk yang point kepada orang dalam istana.

The Legend of Zhuohua (2023) | Review Chinese Drama

bila tengok drama ni teringat cerita Legend of Yun Xi sebab watak dan jalan cerita lebih kurang tapi The Legend of Zhuohua ada kelainan juga dan masih menarik untuk ditonton. 

sebab drama ni masih ongoing so tak tahulah ending dia macam mana. aku agak curious juga dengan beberapa watak dalam drama ni sama ada baik atau jahat contohnya macam watak Princess Rou Jia yang nampak baik dan perfect, mesti ada flaw dia yang belum ditunjukkan lagi. dan juga Shen Jing Hong ni pula pelakon dia selalu bawa watak jahat jadi aku tertanya juga dia ada agenda tersembunyi juga ke.

watak heroin nampak bijak, strong dan indepedent dalam setiap konflik yang berlaku. suka tengok progress relationship antara Zhuohua dan Lord Ding. dalam drama ni takde orang ketiga dalam hubungan mereka. so far best juga jalan ceritanya.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments