Tanah Kubur Musim 16 (Astro Oasis) | Sinopsis Drama

Tanah Kubur Musim 16 (Astro Oasis) | Sinopsis Drama

Drama : Tanah Kubur Musim 16
Produksi : Opera Klasik Sdn Bhd
Pengarah : Rashid Sibir
Siaran : Astro Oasis 106
Mula Tayangan : 11 Ogos 2023
Masa : Jumaat | 7.30 Malam
Episod : 15

Sinopsis Tanah Kubur Musim 16

Mengupas mengenai hal kematian yang akan menunjukkan balasan kepada mayat yang setimpal dengan amalan mereka ketika masih hidup. Jika seseorang itu baik, maka baiklah balasannya dan jika seseorang itu berbuat jahat maka balasannya juga jahat. 

Dalam Tanah Kubur Siri 16, para penonton dapat melihat pelbagai kes di mana Tok Adi, penggali kubur yang dimainkan oleh pelakon veteran, Nasir Bilal Khan mudah menguruskan mayat, wajah mereka bersih dan tersenyum, dan kubur mereka berbau wangi manakala ada juga kes di mana pengurusan mayat menjadi susah, wajah mayat bertukar menjadi gelap dan pembalasan azab di kubur sudah bermula. Tok Adi yang juga dianggap sebagai tunggak masyarakat di kalangan orang kampungnya akan menyelesaikan semua masalah berkenaan dengan kematian. 

Walaupun Tok Adi akan berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan kutukan daripada orang yang tidak menyukainya, tetapi beliau tetap tabah menghadapi segala dugaan dan amanah dalam melaksanakan kerjanya.


Pelakon Tanah Kubur Musim 16

  • Nasir Bilal Khan sebagai Tok Adi
  • Aaron Aziz sebagai Syamil 
  • Nad Zainal sebagai Yati
  • Fikry Ibrahim sebagai Kamal
  • Naim Daniel sebagai Kamil
  • Rosnah Mat Aris sebagai Nenek kepada Kamil

Tanah Kubur Musim 16 (Astro Oasis) | Sinopsis Drama

Tanah Kubur musim ke-16 ini akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat, bermula 11 Ogos 2023, jam 7.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106).

Post a Comment

2 Comments

  1. suka tengok drama tanah kubur ni sbb beri keinsafan.

    ReplyDelete
  2. nasir bilal khan sesuai betul berlakon dlm tanah kubur ni

    ReplyDelete