Enigma (2023) | Review Drama

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

Title : Enigma
Director : Thachai Komolphet
Screenwriter : Patha Thongpan
Network : GMM 25
Release Date : 15 July 2023
Episodes : 4
Duration : 49 minutes
Genre : Mystery, Horror, Supernatural
Cast : Win Metawin, Prim Chanikarn, Piploy Kanyarat, Prigkhing Sureeyares, Earn Preeyaphat

SYNOPSIS:
There is something wrong with Fa's high school; strange events have been happening around her. In which way are they related to the new teacher, Ajin?

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

Enigma mengisahkan Fa (Prim Chanikarn) seorang pelajar sekolah tinggi yang tertarik untuk menyiasat kejadian aneh yang berlaku di sekolahnya. 

Kejadian ini berlaku kepada pelajar terbaik no.1 dan no.2 yang berkelakuan aneh atau dirasuk, Fa cuba menyiasat misteri yang berlaku dalam masa yang sama dia risau dirinya menjadi target seterusnya memandang dia top 3.

Suatu hari Fa nekad untuk masuk ke kawasan sekolah pada waktu malam dan telah diserang. Fa kemudiannya diselamatkan oleh Ajin yang merupakan guru baru di sekolahnya.

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

Walaupun luaran Ajin nampak nerd dan clumsy tapi Fa syak ada something wrong dengan cikgu Ajin. 

sampailah malam dia diserang, Ajin ingatkan dia berjaya cover everything bila hipnosis Fa untuk lupakan kejadian tersebut tapi tak sangka pula Fa terlebih bijak dengan pasang kamera di tempat kejadian so nak tak nak terpaksa Ajin beritahu motif sebenar dia datang ke sekolah tersebut.

Dipendek cerita, Ajin ni macam tok bomoh versi moden la so ada orang bayar dia untuk buang benda kat sekolah tersebut sebab tu dia menyamar jadi cikgu di situ. Ajin syak ada orang guna ilmu hitam so Ajin dan Fa bekerjasama untuk mencari dalang yang sebenar.

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

bila drama budak sekolah memang tak lari dengan tekanan pelajar nak penuhi expectation parent masing-masing. ini juga antara sebab top student kat sekolah Fa kena serang.

aku tertanya juga kenapa tajuk drama ni Enigma sampai episod 3 baru diorang mention pasal enigma. apa yang aku faham Enigma macam dark organisation yang guna black magic, mereka akan approach budak-budak yang mengalami tekanan untuk dijadikan target. 

tak sure apa motif sebenar Enigma sebab kat hujung episod 4 banyak persoalan berbangkit yang kemungkinan akan dibawa ke musim kedua.

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

paling suka dengan watak Yiwa (Prigkhing Sureeyares), walaupun dia muncul beberapa scene sahaja tapi watak dia misteri betul sebab mula-mula macam psiko pastu friendly pula dengan Fa dan Ajin.

Yiwa minat dengan benda mistik dan supernatural so dia macam excited nak tahu apa yang Cikgu Ajin dan Fa tengah siasat. yang curious sama ada dia ni geng Enigma atau sekadar minat dengan benda mistik sebab dia orang first yang mention pasal Enigma pastu terus member kena rasuk.

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

first time tengok Metawin berlakon dalam drama Devil Sister, tak minat sangat dia dalam cerita tu sebab rasa di jambu sangat. tapi dalam drama ni aishh hot giler mamat ni dan acting dia best, bila berubah watak jadi shaman tu terus macam awww hensem giler..haha

so watak cikgu Ajin ni misteri juga dan sebab sebenar dia jadi sekolah tersebut bukan nak deal dengan ilmu hitam di sekolah tersebut tapi sebenarnya dia nak menyiasat pasal Enigma.

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

Prim bawa watak Fa dengan baik sekali, suka tengok progress watak dia. part yang tak expect bila dia cuba buat something untuk selamatkan keadaan bila Ajin dah K.O. 

Enigma (2023) | Review Drama Thailand

kalau chinese drama cite budak sekolah mesti sweet dan comel je tapi kalau drama thailand thriller habis, pandai pula budak sekolah diorang main ilmu hitam. 

drama ni saspen dan seram juga kat part diorang kena rasuk dan muzik latar kena dengan mood dan situasi. jalan cerita bagi aku sangat menarik sebab penuh dengan persoalan nak tahu siapa dalang kejadian tersebut, siapa Ajin sebenar, ada apa dengan Enigma tu dan banyak lagi walaupun drama ni pendek je.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. ada tengok beberapa shot clips die macam best tapi takde masa lagi nak tengok

    ReplyDelete