Doctor Detective (2023) | Review Drama Thailand

Doctor Detective (2023) | Review Drama Thailand

Title : Suep Lap Mo Rabat
English Title : Doctor Detective
Director : Nitivat Cholvanichsiri, Wilawan Sangkaphibal
Screenwriter : Piyaporn Wayuparp
Network : Channel 3/ VIU
Release Date : 21 August 2023
Episodes : 18
Duration : 70 minutes
Cast : Nadech Kugimiya, Kimberley Anne Woltemas, Alex Rendell, Phulita Supinchompoo, Sanya Kunakorn, Kathaleeya McIntosh, Phollawat Manuprasert, Niti Chaichitathorn, Virasut Hiranbuth, Nipaporn Thititanakarn, Noppawit Thaitae

SYNOPSIS:
When a deadly infectious disease resembling the Ebola virus ravages a small village, a team of epidemiologists led by Doctor Khunkhao races against time to investigate the source of the outbreak and contain the spread.

Doctor Detective (2023) | Review Drama Thailand

Doctor Detecive mengisahkan Khunkao (Nadech Kugimiya) seorang doktor penyelidik atau epidemiologists yang berjaya mengesan virus Ebola pada seorang lelaki yang ditemui meninggal dunia di sebuah bilik hotel.

Khunkao dan pasukannya cuba mengawal penularan wabak ini di Thailand, disebabkan dia yang mengetuai kes tersebut ramai wartawan yang cuba mendapatkan interview exclusive termasuk Jenjira (Kimberley Anne) tapi Khunkhao menolak sebab dia prejudis dan tak suka wartawan.

Doctor Detective (2023) | Review Drama Thailand

Jenjira pula jenis yang tekad untuk dapatkan sesuatu, dia agak terkilan bila Khunkao berulangkali menolak untuk ditemuramah dan tak puas hati bila Khunkao tuduh wartawan semua jenis suka putar belit cerita.

Makanya Jenjira cuba selidik latar belakang Khunkao untuk tahu kenapa Khunkao prejudis pada wartawan.

Doctor Detective (2023) | Review Drama Thailand

Khunkao dan pasukannya pergi ke sebuah kampul terpencil yang kononnya diganggu oleh widow ghost tapi Khunkao pergi ke situ sebab ada simptom penyakit yang sama seperti dijumpai oleh ayahnya pada 20 tahun yang lepas.

Ayah Khunkao meninggal dunia dalam kebakaran ketika menghantar notis ke sebuah makmal penyelidikan yang disyaki membuang sisa toksik ke dalam sungai sehingga menyebabkan penduduk sekitarnya teruk terjejas. kiranya Khunkao nak tahu siasat apa sebenarnya yang berlaku pada ayah dan ibunya.

Khunkao dan Jenjira bertemu semula di kampung tersebut apabila Jenjira ke situ untuk cover cerita mengenai widow ghost yang bermaharajalela di kampung tersebut.

Doctor Detective (2023) | Review Drama Thailand

Doctor Detective baru sahaja ditayangkan di VIU Malaysia, nampak best gandingan Nadech dan Kim yang sebelum ini pernah bergandingam dalam drama Rang Pratana.

Selain daripada kisah romantik, drama ini banyak fokus pada karier Khunkhao sebagai pidemiologists dan Jenjira seorang wartawan di samping menyiasat penyakit misteri yang menular dalam kalangan penduduk kampung angkara perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang tidak menguruskan dengan betul pelupusan sisa toksik.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments