Aku Yang Kau Sakiti (TV3) | Sinopsis Drama

Aku Yang Kau Sakiti (TV3) | Sinopsis Drama
Sumber: Instagrama Drama Sangat Official

Drama : Aku Yang Kau Sakiti
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 1 Ogos 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20

Slot Samarinda kembali dengan drama bertema dendam bertajuk Aku Yang Kau Sakiti menampilkan gandingan hebat Zamarul Hisham dan Rita Nadira yang sebelum ini pernah bekerjasama dalam telefilem Saat Hilang Cintamu, dan Redza Rosli.

Sinopsis Aku Yang Kau Sakiti

Mengisahkan Amanda seorang anak yatim piatu yang dijaga oleh Tuan Zaki yang juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Bella. Apabila dewasa, Amanda bekerja di syarikat milik Tuan Zaki dan bekerja sebagai pembantu Bella..

Di sebalik semua itu, Amanda merancang untuk membalas dendam kepada Tuan Zaki yang menyebabkan keluarganya musnah. Ayah Amanda pernah cuba membantu untuk memulihkan syarikat Tuan Zaki daripada hutang namun ayahnya menjadi mangsa geng Ahlong.

Rykal yang menyayangi Amanda dan selalu berada di sisi Amanda sentiasa menasihatkan Amanda untuk melupakan dendam tersebut. Adakah Amanda dapat membalas perbuatan Tuan Zaki terhadap keluarganya?

Pelakon Aku Yang Kau Sakiti

  • Rita Nadira sebagai Amanda
  • Redza Rosli sebagai Rykal
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
  • Fify Azmi sebagai Bella
  • Syazwan Zulkifly sebagai Faris
  • Natasya Mahyan sebagai Cika
  • Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
  • Jasmin Hamid sebagai Mak Su Ippah
  • Iman Suhana sebagai Sarah
  • Anies Hann sebagai Mia
  • Izuan Razali sebagai Faizal
  • Syazuwan Hassan sebagai Faris

Aku Yang Kau Sakiti akan bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis bermula  Ogos 2023, pukul 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Post a Comment

1 Comments