Tentang Hati Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Tentang Hati Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Tentang Hati Dia
Produksi : Mache All Star United Sdn Bhd
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Farhana Fauri
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 3 Julai 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
OST/ Lagu Tema : Cintamu Yang Satu (Ning Baizura)
Pelakon : Trisha Ooi, Aliff Aziz, Nafiz Muaz, Fazlina Ahmad Daud, Nor Aliah Lee, Nurin Afiqah Saidah, Sazrin Aizul, Nina Smith, Muaz Zabir, Nik Ramly, Amir Mirza, Ayu Falizna, Ieka Zulkifli, Laura Olivia

Sinopsis Drama Tentang Hati Dia 

Diadaptasi dari novel Kapcai Girl vs Encik Superbike karya Bunga Amani, Tentang Hati Dia mengisahkan Tiara (Trisha Ooi) seorang gadis kampung kampung yang dibesarkan oleh ibunya, Fatimah (Fazlina Ahmad Daud) dan Mak Su (Ieka Zulkifli) sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan berhasrat menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

Tentang Hati Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Tiara berkenalan dengan Khalid (Nafiz Muaz) yang datang ke kampung itu kerana menguruskan satu projek di situ. Insiden Khalid terlanggar basikal Tiara menyebabkan hubungan mereka semakin rapat dan Tiara merahsiakan hubungan itu daripada pengetahuan ibunya.

Pada hari keputusan SPM diumumkan, Tiara meraihkan keputusan yang cemerlang namun Tiara runsing memikirkan dirinya yang mengandung anak Khalid. Apakah reaksi Fatimah apabila mengetahui Tiara mengandung anak luar nikah?

Manakala Wafi (Aliff Aziz) yang sedang belajar di luar negara kecewa apabila Darina memutuskan pertunangan mereka. Wafi membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia selepas menamatkan pengajiannya.

Tentang Hati Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu. 

Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

Ikuti kesudahannya dalam drama Tentang Hati Dia yang ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7.00 petang di slot Akasia TV3.

Post a Comment

0 Comments