Obsesi Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Obsesi Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Obsesi Dia
Produksi : Saphire Screen Sdn Bhd
Pengarah : Eoon Shuhaini
Penulis Skrip : Soula Nordin, Chinta Nadeesha
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 5 Julai 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod 15
OST/ Lagu Tema : Di Hujung Mimpi (Black Hanifah)
Pelakon : Sophia Albarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim Jay Iswazir, Fify Azmi, Alif Hadi, Faha Azhar, Rahim Jailani, Anne Abdullah, Erry Putra, Oshin Ahmad

Obsesi Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Obsesi Dia

Obsesi Dia sebuah drama psiko thriller dan misteri yang diinspirasi dari novel The Witness karya Suhailah Selamat mengisahkan Aafiyah (Sophia Albarakbah) menyambut hari jadinya yang ke-18 di sebuah hotel yang ditempah oleh ibu dan ayahnya tapi kerana kesibukan kerja, Aafiyah terpaksa menghabiskan waktunya bersendirian di bilik hotel.

Pada malam tersebut, Aafiyah menjadi saksi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh seorang lelaki bertopeng putih berjaket hud dan kehadirannya di situ disedari oleh pembunuh. Aafiyah memberitahu hal tersebut kepada ibunya malangnya ibunya juga dibunuh yang Aafiyah terus diburu oleh pembunuh misteri itu.

Aafiyah menjadi trauma sehingga dia mengalami amnesia atau hilang ingatan. Rizq (Ashraf Muslim), abang kepada Aaliyah bertindak menukar identiti Aafiyah kepada Aaliyah untuk melindungi keselamatan Aafiyah dari terus diancam bahaya.

Adakah pembunuhan bersiri ini bakal berterusan? Berjayakah pembunuh berjaket hud itu ditumpaskan?

Obsesi Dia turut dibantu oleh Zaki Azeman sebagai Zacky, Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikail, Jay Iswazir sebagai Dr Jahin, Fify Azmi sebagai Adelia, Alif Hadi sebagai Rafeeq Adam dan ramai lagi.

Obsesi Dia (TV3) | Sinopsis Drama

Dari sinopsis nampak menarik jalan ceritanya tapi episod 1 Obsesi Dia agak serabut juga jalan ceritanya dengan watak yang kurang bijak membuat keputusan, penat membebel layan citer ni. 

Penat tengok orang kaya booking hotel cantik tapi lampu problem apahal, pastu kenapa pembunuh tikam mangsa berkali-kali tapi darah langsung tak terkena ke topeng dan baju pembunuh. penat tengok watak Adelia dan pak guard hotel acah-acah seram dan psiko. 

paling tak puas hati kenapa emak Aafiyah berhenti kereta kat tempat sunyi, tahulah terkejut dengar cerita Aafiyah tapi tak boleh fikir ke risiko yang lebih bahaya berhenti kat tempat sunyi, pastu time tu jugalah kereta dia nak buat hal memang rezeki pembunuh tu dapat 3 mangsa dalam satu malam. baru layan satu episod tapi dah banyak benda yang spoil mood.

banyak persoalan yang menarik, siapakah identiti lelaki bertopeng putih berjaket hud tersebut? Apakah yang berlaku bila Aafiyah dapat semula ingatannya? Adakah Aafiyah akan menjadi mangsa seterusnya? 

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments