Persepsi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Persepsi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Persepsi
Produksi : Skop Production
Pengarah : Tony Pietra Arjuna
Penulis Skrip : Baizura Kahar, Nell Hanan
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 29 Jun 2023
Masa : Khamis | 11.00 Malam
Episod : 
OST/ Lagu Tema : In My Head (Nick Kingsley)
Genre : Thriller, Seram
Pelakon : Mimi Lana, Julia Farhana, Alicia Amin, Fezrul Khan, Ali Reza, Jasmine Kaar, Josiah Hogan, Azwan Serigala, Hasnul Rahmat, Hariz Othman, Izzendra, Badsham, Hairi Ghani

Sinopsis Drama Persepsi


Persepsi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama Persepsi bertemakan psychological thriller dan seram mengisahkan Dayah (Mimi Lana), Nadia (Julia Farhana) dan Jessie (Alicia Amin) yang berkawan baik sejak sekolah setuju untuk pergi bercuti bersama.

Nadia baru sahaja kehilangan anak dalam kandungan manakala Jessie pula seorang pereka fesyen yang mempunyai masalah kewangan dalam perniagaannya. Nadia memilih Resort Indigo yang menyediakan program menarik sesuai untuk mereka melapangkan fikiran atau healing.

Dayah seorang chemist yang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Walaupun Dayah bersetuju untuk mengikut Nadia dan Jessie namun fikirannya masih lagi runsing memikirkan soal kerja.

Persepsi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Setibanya di resort tersebut, mereka bertemu dengan Carmen (Jasmine Kaar) dan Kai (Josiah Hogan) yang menyelia program healing di situ dan ada beberapa peraturan yang perlu mereka ikut.

Sejak dari awal lagi banyak benda pelik yang Dayah perasaan tapi diabaikan sahaja. Dayah lebih mementingkan kerjanya sebab tengah tunggu email penting so dia tak puas hati bila Kai ambil laptop dia plus line internet pun susah nak dapat. Nadia dan Jessie banyak nasihatkan Dayah suruh dia tenangkan diri. Mampukah Dayah bertahan di situ selama lima hari ?

Mereka diperkenalkan dengan bunga Ocean Blue yang sangat istimewa menurut Carmen. Setelah meminum air bunga biru tersebut tanpa mereka sedari bunga tersebut telah menyebabkan mereka berhalusinasi tentang suatu perkara yang menakutkan dan menghantui mereka. 

Persepsi (Astro Ria) | Sinopsis Drama

tak sure berapa episod untuk drama Persepsi, masih terlalu awal untuk teka siapa sebenarnya Carmen dan Kai, dan apa sebenarnya motif mereka menyiasat latar belakang kesemua peserta program tersebut. Adakah mereka mempunyai organisasi tersendiri menyebarkan fahaman sesat mereka?

Banyak lagi watak yang belum muncul di episod 1 seperti Shah (Fezrul Khan) dan Azri (Ali Reza) yang akan menyertai program tersebut bersama Dayah, Nadia dan Jessie. 

tapi setakat ini nampak plot dan jalan cerita sangat menarik dan penuh dengan persoalan. Nak tahu kesudahannya? boleh tonton drama Persepsi di Astro Ria atau subscribe Sooka.

Post a Comment

0 Comments