Black Ghost #UmarAlhaidar by Rose Harissa | Book Review

Black Ghost #UmarAlhaidar by Rose Harissa | Book Review

Tajuk : Black Ghost #UmarAlhaidar
Penulis : Rose Harissa
Helaian : 373
Penerbit : Karya Seni Publication
Terbitan : Julai 2023

Black Ghost #UmarAlhaidar by Rose Harissa | Book Review

Review Novel Black Ghost #UmarAlhaidar by Rose Harissa

Kisah perjalanan hidup Umar Alhaidar yang berkobar-kobar mahu memakai beret hijau komando untuk mempertahankan tanah air cinta selepas membaca berita tentang pencerobohan pengganas di Lahad Datu. bukan senang nak menjadi seorang komando, pelbagai ujian dan rintangan dilalui dari ujian asas dan latihan yang mencabar mental dan fizikal sebelum betul-betul bersedia menyertai misi berdepan musuh sebenar.

Terselit juga sikit kisah cinta Umar. Disebabkan Umar begitu fokus dengan kerjaya sebagai komando langsung tak terfikir bab cinta sebab takut dapat pasangan yang tidak memahami tugasnya. Dalam tempoh lapan tahun, tiga kali bertemu gadis yang sama bernama Mika Nadira. kali pertama mungkin kebetulan tapi sampai kali ketiga, Umar kena bertindak untuk mendapatkan cinta hatinya. 

menarik jalan cerita Black Ghost, penuh dengan info dan operasi yang dijalankan oleh Umar a.k.a Kumbang dan terhibur juga dengan semangat brotherhood komando. part cinta memang tak banyak pun tapi comellah bila masuk part Umar dan Mika. overall, nice story dan memang terbaiklah Rose Harissa!

**MY RATING : 5/5**

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. wah lajunya dapat. Akak baru je nak terima dari shopee. Rose Harissa punya citer memang mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ingatkan hujung bulan baru nak dapat tup tup dah sampai depan rumah..haha

      Delete