Menebus Qasih (TV1) | Review Telefilem

Menebus Qasih (TV1) | Review Telefilem

Telefilem : Menebus Qasih
Produksi : Antenna Entertainments
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Penulis Skrip : Naza Manas
Siaran : TV1
Tayangan : 24 Jun 2023
Durasi : 1 jam 30 minit
Pelakon : Fauziah Ahmad Daud, Mimi Ernida, Justin Teoh, Naza Manas, Ikhwan Rosli, Naim Samsol, Ayu Ayuni, Hari Haran

SINOPSIS:
Qasih berkahwin dengan Danial tetapi emak Qasih, Mak Melah tidak berkenan dengan Danial kerana dia orang Cina. Mak Melah tidak melayan Danial. Mak Melah berdiam diri saja. Qasih kemalangan dan meninggal dunia. Danial pulang ke kampung untuk menjaga Mak Melah kerana janjinya pada Qasih.

Menebus Qasih (TV1) | Review Telefilem

Menebus Qasih mengisahkan Mak Melah (Fauziah Ahmad Daud) yang membesar anak tunggalnya, Qasih (Mimi Ernida) seorang diri selepas kematian suaminya sehingga Qasih berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Mak Melah begitu meyayangi Qasih dan bagi Mak Melah, Qasihlah segala-gala dalam hidupnya.

Suatu hari, Qasih memberitahu emaknya tentang teman lelakinya bernama Danial (Justin Teoh) seorang mualaf berketurunan cina. Walaupun Mak Melah tidak membantah keputusan Qasih untuk berkahwin dengan Danial namun Mak Melah menunjukkan reaksi dingin dan langsung tidak menegur Danial.

Menebus Qasih (TV1) | Review Telefilem

Selepas Qasih berkahwin pun Mak Melah masih lagi tidak menerima Danial dalam keluarga. Ditakdirkan suatu hari Qasih meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, Mak Melah tidak dapat menerima berita kehilangan anaknya lalu meletakkan kesalahan di bahu Danial.

Disebabkan Danial pernah berjanji dengan arwah Qasih yang dia menganggap dan melayan Mak Melah seperti ibunya sendiri, Danial tekad tinggal dengan Mak Melah buat sementara waktu untuk mengambil hati ibu mertuanya dan membaik pulih hubungan mereka. Berjayakah Danial menunaikan janjinya pada Qasih?

Menebus Qasih (TV1) | Review Telefilem

Sebuah telefilem yang menyentuh hati tentang kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Oleh sebab terlalu sayangkan Qasih, Mak Melah memberi layanan dingin pada Danial takut anaknya akan dirampas. 

Namun apabila melihat kesungguhan dan kesabaran Danial mengambil hatinya dan menjaga ladang dan sawah bendangnya, terusik juga hati Mak Melah dan sedikit demi sedikit mula terbuka hati untuk menerima kehadiran Danial.

Post a Comment

0 Comments