Katakan Pada Dia (TV2) | Sinopsis Drama

Katakan Pada Dia (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Katakan Pada Dia
Produksi : Kalam Ariff Holding
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Maizura Ederis, Ms Lee
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 12 Jun 2023
Masa : Isnin-Selasa | 8.00 Malam
Episod : 26
OST/ Lagu Tema : Katakan Pada Dia (Iskandar Projector Band & Jasper Supayah)
Pelakon :  Izzue Islam, Nina KSC, JC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia, Amyza Aznan, Wanns Ahmad, Silfeny Osman, Hasmitha Selvam, Shazia Rozaini, Sugeindhiran

Saksikan drama Katakan Pada Dia yang bersiaran setiap hari isnin dan selasa jam 8.00 malam mulai 12 Jun 2023 di TV2.

Katakan Pada Dia (TV2) | Sinopsis Drama

Katakan Pada Dia diadaptasikan daripada sebuah novel popular terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Selendang Anum karya Prof. Dr. Lim Swee Tin. Manakala Lagu Tema drama ini dengan menggunakan judul yang sama dinyanyikan oleh  Iskandar Projector Band berduet dengan seorang pelakon dan penyanyi berbakat, Jasper Supayah.

Karya arahan Mohd Fazli Yahya ini menampilkan lakonan hebat Izzue Islam sebagai Johan, Nina KSC sebagai Yoke Lin, JC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia dan ramai lagi.

Katakan Pada Dia (TV2) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Katakan Pada Dia

Mengisahkan Yoke Lin seorang gadis remaja yang bercita-cita menyambung pelajaran ke universiti selepas keputusan SPM. Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ' Keris Pusaka' yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya.

Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi disokong oleh Encik Phang, Sakinah, Aida, Mona dan ramai lagi.

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum.

Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu. 

Post a Comment

0 Comments