Diva Seroja (TV3) | Sinopsis Drama

Diva Seroja (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Diva Seroja
Produksi : Zamriez Golden Pictures
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 9 Jun 2023
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malm
Episod : 15
OST/ Lagu Tema : Ya Laila (Aiman Nomad & Shaz)
Pelakon : Puteri Balqis, Harissa Adlynn, Kashika Selvam, Amira Syahira, Amanda Tan, Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Shazia Rozaini, Nasz Sally, Syazuwan Hassan

Saksikan drama Diva Seroja yang ditayangkan mulai 9 Jun 2023, setiap hari khamis hingga sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Diva Seroja (TV3) | Sinopsis Drama
Diva Seroja (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Diva Seroja

Mengisahkan sekumpulan pelajar Tingkatan 4 di sekolah swasta Sri Seroja yang dikenali sebagai geng Ratu Emoji dan sangat aktif dalam aplikasi Besties. .

Mereka terdiri daripada Amira (Puteri Balqis), Maya (Harissa Adlynn), Vivi (Amanda Tan), Shanty (Kashika Selvam) dan Leyla (Amira Syahira) yang mepunyai kemahiran dalam olahraga dan seni dalam masa yang sama tekenal juga dalam kalangan pelajar dan guru-guru kerana kenakalan mereka yang sering menimbulkan kekecohan di sekolah. 

Masing-masing mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza dan sering menimbulkan masalah di sekolah kerana terbawa-bawa dengan masalah keluarga mereka di rumah. Setiap hari pasti ada sahaja masalah yang timbul di sekolah.

Perpindahan Cikgu Azlan (Nafiz Muaz), seorang cikgu yang memahami ahli Diva Seroja yang sedang menginjak dewasa, telah membuatkan mereka memberontak kerana tidak mahu kehilangan cikgu kesayangan mereka. Cikgu Azlan telah digantikan dengan Cikgu Suzila (Fasha Sandha), seorang guru yang berperwatakan lembut dan penyayang. Cikgu Suzila telah menarik kesemua ahli Diva Seroja untuk menyertai kelab kebudayaan. 

Dapatkah kelima-lima mereka menerima kehadiran Cikgu Suzila dan sekaligus mengubah perilaku mereka menjadi lebih baik? Berjayakah Cikgu Suzila membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh mereka?

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments