Takdir Untuk Aku by Rehan Makhtar | Book Review

Takdir Untuk Aku by Rehan Makhtar | Book Review

Tajuk : Takdir Untuk Aku
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 655
Penerbit : Karya Seni
Tahun Terbitan : 1 Januari 2017

SINOPSIS:
Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan.

UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia. Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara ego yang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpun dia yakin, mereka ada sejarah bersama.

“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari dari saya? Sejauh mana saya pernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad

“Tak… Kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…” - Teratai Nur

Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yang pernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.

“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadi orang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad

“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - Teratai Nur

Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama. Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah. Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak di lorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.

“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas? Semua orang buat bersebab. Abang terima Nur kenapa pula?” – Teratai Nur

“Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad

Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walau tangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.

“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq

“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur

Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh ke belakang… Ziyad sedang menahannya pergi.

Akhirnya, Teratai Nur akur… Ini adalah takdir untuk dia.


Book Review: Takdir Untuk Aku by Rehan Makhtar

Mengisahkan Teratai Nur seorang bekas penagih yang memulakan hidup baru dengan bantuan keluarga kawan rapatnya. Ziyad seorang navy yang jatuh cinta dengan Teratai tanpa mengetahui kisah silam gadis tersebut.

Penat Ziyad mengejar tapi Teratai Nur terus menolak rupanya ada sejarah tersendiri antara mereka yang Ziyad tidak pernah ingat. Ziyad pernah gelar Teratai sebagai sampah masyarakat dan hal ini juga menyebabkan Teratai rasa dirinya tidak layak menerima cinta Ziyad.

Masing-masing ada dosa silam, Teratai yang terjerumus dalam najis dadah kerana pengaruh dadah manakala Ziyad selalu tidak serius dalam hubungannya semuanya setakat try and error. Takdir menemukan mereka semula sehingga Ziyad nekad untuk menjadikan Teratai sebagai isterinya.

Banyak konflik dalam novel berlaku selepas berkahwin, penerimaan ibu Ziyad apabila mengetahui sejarah silam Teratai. pertemuan semula Teratai dengan ibu kandungnya dan juga dendam kakak tirinya yang tidak berpuas hati apabila Ziyad memilih Teratai sebagai isteri.

Walaupun ada watak yang menyakitkan hati tapi banyak juga watak yang best macam Tiani, Taufik dan ibu mereka yang banyak membantu Teratai. Tak lupa ada cameo watak Qadr dari novel Seseorang Untuk Aku.

Bagi aku jalan ceritanya menarik tapi biasalah kalau buku Rehan Makhtar mesti meleret dengan emosi, kadang penat juga dengan watak Teratai sebab dengan orang luar senang betul nak maafkan tapi dengan suami sendiri kemain menjunjung ego dan tegar betul tengok Ziyad datang merayu-rayu demi sebuah kemaafan. kadang tu cuba juga nak faham dia tapi itulah penat dengan watak yang macam ni. 

Baca juga : 

tapi overall nice laa story dia tapi sis lagi suka kisah Qadr dalam novel Seseorang Untuk Aku..hehe

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

1 Comments