Hati Yang Kau Pinjamkan by Rehan Makhtar | Book Review

Hati Yang Kau Pinjamkan by Rehan Makhtar | Book Review

Tajuk : Hati Yang Kau Pinjamkan
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 387
Penerbit : Karya Seni
Tahun Terbitan : Julai 2022

SINOPSIS:
KATA ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.

“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh

“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kesah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah

Khalifh telah meminta wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali membuka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.

Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap antara cinta dan budi.

Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.

“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah

“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh

Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?


Review Novel Hati Yang Kau Pinjam by Rehan Makhtar

Pertemuan Tuah Nur Khalifah dan Nik Khalifh secara tidak sengaja apabila Tuah dengan rela hati mendermakan hatinya untuk Khalif yang baru dikenalinya. Kisah bertambah menarik apabila mereka bertemu kembali setahun kemudian.

Tuah menolong Khalif tanpa mengharapkan balasan. Khalif pula berjanji untuk mencari gadis yang mendermakan hatinya walaupun Tuah mengelak dari bertemu dengannya semula. 

comel sebenarnya kisah Tuah dan Khalif sebab Tuah ingat Khalif tak cam dia so pelbagai andaian yang dibuat Tuah. kadang geram juga dengan Tuah sebab lurus sangat. banyak kali kot Khalif bagi hint tapi masih lagi tak dapat tangkap maksud Khalif, nasib baiklah Khalif bijak menyelesaikan masalah mereka.

Buku Rehan Makhtar kali ini lebih ringan dan santai, konflik pun tak berat sangat. Walaupun jalan cerita predictable tapi sis suka dengan olahan penulis dan watak dalam buku ini.

**MY RATING : 4/5**

Post a Comment

1 Comments