Drama : Selalu Ada
Produksi : Ilhmnet Technologi Production
Pengarah : Che Mie
Penulis Skrip : Amin Masyur
Siaran : TV2
Tayangan : 3 Mei 2023
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Erra Fazira, Sophia Al Barakbah, Syafie Naswip, Zarul Imran, Dato' Jalaluddin Hassan, Kazar Saisi, Ropie
Sinopsis Drama Selalu Ada
Selalu Ada sebuah drama terbitan Kerajaan Negeri Selangor yang mengetengahkan mesej kekeluargaan dan pelbagai bentuk bantuan disediakan pentadbiran negeri. Dalam masa yang sama, menerusi drama ini penonton bakal diberi penerangan secara umumnya berkenaan 43 program yang memanfaatkan semua golongan bermula bayi, anak masuk belajar, golongan dewasa dan warga emas di Selangor.
Mengisahkan cabaran yang ditempuhi tiga sahabat yang memiliki pelbagai personaliti dan cabaran dalam hidup untuk melanjut pengajian ke menara gading.
Dibintangi oleh Erra Fazira sebagai Dr. Jayyana, Sophia Al Barakbah sebagai Jasmine, Zarul Imran sebagai Salahuddin, Kazar Saisi sebagai Pak Latif, Syafie Naswip, Dato Jalaludin Hassan, Kazar Saisi, Ropie dan penampilan khas Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Amirudin Shari bersama YB Borhan Aman Shah.
Saksikan drama Selalu Ada yang ditayangkan mulai 3 Mei 2023 selama 45 minit pada setiap hari rabu jam 9.00 malam di TV2 atau tonton secara langsung melalui platform penstriman RTM (rtmklik.rtm.gov.my).
1 Comments
bagusnya buat drama edutainment macam ni. kerajaan singapore dengan india pun buat filem berkisar bantuan kerajaan.
ReplyDelete