Mak-Mak Kesayangan (TV1) | Sinopsis Telefilem

Mak-Mak Kesayangan (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Mak-Mak Kesayangan
Produksi : Peketplay Sdn Bhd
Pengarah : Shahnas Putra
Penulis Skrip : Shahnas Putra
Siaran : TV2
Tayangan : 13 Mei 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Nadia Brian, Delimawati, Fikhree Bakar, Lolly Sam, Masitah Zulghan, Rosedah, Siti Aminah, Azhar Hisham, Nurul Hidayat

Saksikan telefilem khas sempena Hari Ibu, Mak-Mak Kesayangan yang akan ditayangkan pada 13 Mei 2023, hari sabtu jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Mak-Mak Kesayangan (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Mak-Mak Kesayangan

Mengisahkan Salina seorang sukarelawan di sebuah rumah jagaan warga emas wanita iaitu Pusat Jagaan Nurul Jannah. Salina dikenali di situ kerana sikapnya yang peramah dan penuh kasih sayang namun hakikatnya dia melakukan kerja sukarelawan kerana mahu menebus kesilapannya yang pernah mengabaikan ibunya dahulu.

Sementara itu, Faris menghantarnya ibunya, Mak Minah ke pusat jagaan tersebut yang mempunyai penyakit Alzheimer sehinggalah ibunya meninggal dunia.

Salina kemudiannya berkahwin dengan Faris namun selepas berkahwin Faris tidak membenarkan lagi Salina ke pusat itu. Mak-Mak di pusat jagaan tersebut mula merindui Salina. Adakah Salina mempunyai peluang untuk ke situ semula?

Dibintangi oleh Nadia Brian sebagai Salina, Fikhree Bakar sebagai Faris dan Delimawati sebagai Mak Minah. Ikuti kesudahannya dalam telefilem Mak-Mak Kesayangan di TV1.

Post a Comment

0 Comments