Kampung Mat Saleh (TV3) | Sinopsis Drama

Kampung Mat Saleh (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kampung Mat Saleh
Produksi : Country & Universal Sdn Bhd
Pengarah : Hashim Rejab
Penulis Skrip  Azal Ezreen
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 18 Mei 2023
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 20
OST/ Lagu Tema : Hanya Kita Dua (Aizat Amdan)
Pelakon : Aiman Nasir Wayne, Nelissa Nizam, Wanna Ali, Wans Ahmad, Kamarul Eqif, Fathil Dani, Kazar Saisi, Amy Nurtinie, Baelon, Ieda Moin, Mazlee Razalee, Izzul Faiq Zuhairi

Saksikan drama Kampung Mat Saleh yang bersiaran mulai 18 Mei 2023, setiap hari isnin hingga khamis jam 6.00 petang di slot Sakura TV3 atau boleh juga strim melalui platform penstriman Disney+ Hotstar

Dibintangi oleh Aiman Wayne sebagai Faizal/ Saleh, Nelissa Nizam sebagai Zana, Wanna Ali sebagai Bedah, Kamarul Aqif sebagai Bulat, Fathil Dani sebagai Penghulu Ali dan ramai lagi

Kampung Mat Saleh (TV3) | Sinopsis Drama
Kampung Mat Saleh (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kampung Mat Saleh

Mengisahkan Faizal yang bekerja sebagai office boy merupakan pemuda berasal dari kelatan namun wajah dan fizikalnya persis seperti orang Inggeris.

Suatu hari, Faizal telah ditugaskan menghantar dokumen penting dengan kadar segera ke negeri Kedah. Malangnya dalam perjalanan ke sana Faizal terlibat dalam kemalangan jalan raya. Penghulu Ali yang menjumpai Faizal terbaring di tepi jalan telah memberi bantuan supaya dia sedarkan diri.

Faizal kemudiannya sedar tapi telah lupa ingatan dan jati dirinya sehingga dia yang sebelum ini bercakap dalam loghat Kelantan hanya boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan Penglu Ali menyangkakan Faizal seorang Mat Saleh lalu memberi nama Saleh kepada Faizal.

Baca juga : Drama Salam Famili lakonan Aiman Wayne, Nadiya Nisaa, Amar Baharin dan Sabri Yunus


Penghulu Ali membawa Saleh pulang ke rumahnya untuk berubat. Zana yang merupakan anak perempuan Penghulu Ali juga cuba membantu Saleh menyesuaikan diri dengan kawasan kampung. Apakah yang akan berlaku kepada Faizal di kampung tersebut? Adakah dia dapat mengingati identiti sebenarnya?

Post a Comment

0 Comments