Projek Baby mengisahkan pasangan suami isteri, Malik (Fikry Ibrahim) dan Emma (Sophia Albarakbah) yang sudah lima tahun berkahwin tapi masih belum mempunyai cahaya mata. Perkahwinan mereka bahagia tapi itulah selalu jadi buah mulut saudara mara sebab tak ada anak.
Suatu hari, mereka menghadiri jamuan keluarga dan Mak Usu (Liza Abdullah) mengumumkan yang dia telah mengandung walaupun usianya telah mencecah 50 tahun.
Emak Malik yang merupakan seorang bidan rasa tercabar dengan berita tersebut sebab anak dan menantu sendiri belum ada anak lagi so bermulalah projek bagi Malik dan Emma mencuba pelbagai petua dan alternatif untuk mendapatkan zuriat.
Malik dan Emma dah cuba rawatan moden tapi belum ada rezeki nak dapat anak tapi atas desakan emak si Malik ni, mereka cuba juga petua yang diberikan walaupun macam mengarut..iyelah sampai kena pergi curi senduk mak su mereka, siap makan telur rebus. itu belum cuba rawatan Dr Ngok dengan fengshui dan macam jenis terapi lagi yang mereka cuba yang viral kononnya boleh berjaya.
Telemovie ni memang kelakar, dekah juga aku tengok lakonan Fikry dengan Sophia tapi isu yang dibawa tu realitinya sedih juga sebab banyak pasangan yang macam ni dah usaha pelbagai cara tapi gagal. pastu dengan emak si Malik yang menekan-nekan boleh stress juga gamaknya.
tapi at the Emma dan Malik redha je la bila masih juga tak ada anak dan emak dia pun redha sebab tahu mereka dah usaha macam-macam cara dah tapi bila masing-masing dah redha.. mereka dapat rezeki yang tak disangka-sangka.




0 Comments