Isteriku Cikguku (TV3) | Sinopsis Telefilem

Isteriku Cikguku (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Isteriku Cikguku
Produksi : A. Aida Production
Pengarah : Along Kamaludin
Idea Asal : Muhammad Nor Zaidy Abdullah
Penulis Skrip : Azni Ishak
Siaran : TV3
Tayangan : 14 Mei 2023
Masa : Ahad | 9.00 Mala
Pelakon : Syafiq Kyle, Izara Aisyah, Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Syazuwan Hassan, Sabhi Saddi, Azlan Mokhtar, Faralyna Idris

Saksikan telefilem Isteriku Cikguku yang ditayangkan semula pada hari ahad ini, jam 9.00 malam di slot Cereka Ahad TV3.

Isteriku Cikguku (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Isteriku Cikguku

Mengisahkan Cikgu Maria yang ditempatkan di sebuah sekolah menengah terpaksa berdepan dengan pelajar-pelajar nakal di sekolah tersebut terutama sekali Azlan.

Walau bagaimanapun demi masa depan anak didiknya, Cikgu Maria cuba membantu Azlan yang langsung tidak mengendahkan pelajarannya sedangkan peperiksaan semakin hampir. Cikgu Maria mencadangkan kepada ibu bapa Azlan supaya Azlan menjalani kem motivasi. 

Semasa kem motivasi berlaku tragedi mengakibatkan Azlan dimasukkan ke hospital dan mula jatuh hati dengan Cikgu Maria. Azlan meluahkan perasaannya namun Cikgu Maria mahu Azlan fokus pada pelajarannya dan berjaya dalam SPM nanti.

Baca juga : 

Dibintangi oleh Syafiq Kyle sebagai Azlan, Izara Aisyah sebagai Cikgu Maria, Sabhi Saddi sebagai Nazir, Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Ahmad, Arash Mohd sebagai Dato Darus dan Fazlina sebagai Datin Sarah. Ikuti kesudahannya dalam telefilem Isteriku Cikgu.

Post a Comment

1 Comments

  1. azlan muka babyface, dia kahwin dengan cikgu maria yang babyface pun nampak ngam je

    ReplyDelete