Adnan Runner (TV3) | Sinopsis Drama

Adnan Runner (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Adnan Runner
Produksi : MIG Production
Pengarah : Azmi Hatta
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 11 Mei 2023
Masa : Khamis-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Imran Aqil, Bella Dowanna, Eleen Arisha, Wanns Ahmad, Elmy Moin, Kazar Saisi, Razdan Shamsudin

Saksikan Adnan Runner sebuah drama aksi komedi arahan Azmi Hatta yang ditayangkan pada setiap hari khamis hingga sabtu jam 9.00 malam, di slot Lestary TV3.

Adnan Runner (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Adnan Runner

Mengisahkan Adnan dan Bobby yang tinggal serumah membuat keputusan untuk bekerja sebagai runner selepas diberhentikan kerja kerana syarikat tempat mereka bekerja telah diisytiharkan muflis, dan gagal mendapatkan pekerjaan baru. Pekejaan tersebut dirasakan mudah kerana mereka gemar menunggang motosikal.

Namun, tanpa mereka berdua sedari, mereka sebenarnya telah membantu proses penjualan dadah bagi suatu sindiket. Penglibatan mereka yang tidak disengajakan itu telah menyebabkan pelbagai masalah.

Adnan dan Bobby telah nekad untuk bekerjasama dengan pihak polis bagi menumpaskan sindiket itu. Mampukah mereka menebus diri daripada mangsa tipu daya kepada hero keadaan?

Dibintangi oleh Imran Aqil sebagai Adnan, Wanns Ahmad sebagai Bobby, Bella Dowanna sebagai Nadia, Eleen Arisha sebagai Wawa dan ramai lagi. Ikuti kesudahan kisah Adnan dan Bobby dalam drama Adnan Runner.

Post a Comment

0 Comments