16 Puasa (Astro) | Review Telefilem

16 Puasa (Astro) | Review Telefilem

Telefilem : 16 Puasa
Produksi : Vision Studio Sdn Bhd
Pengarah : Mamat Khalid
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 8 Jun 2017
Durasi : 1 jam 25 minit
Genre : Komedi
Pelakon : Sabri Yunus, Aziz M.Osman, Bell Ngasri, Rab Khalid, Man Kadir, TJ Isa, Ziema Din, Sharwani NS, Jue Aziz, Amy Juliet

Setiap kali masuk bulan puasa mesti ada orang yang up scene dari 16 Puasa dan 17 Puasa di media sosial, kiranya epik betul geng plastik hitam ni. aku tak pernah lagi tengok dua citer ni tapi 18 Puasa Di Kampong Pisang memang best.

16 Puasa (Astro) | Review Telefilem

Mengisahkan Abe Li (Sabri Yunus) dan rakannya-rakannya yang terdiri daripada Aziz (Aziz M.Osman), Ngas (Bell Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Wani (Sharwani) dan Khuda (TJ Isa) yang suka ponteng puasa dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan makanan di siang hari bulan ramadan.

Aktiviti mereka tidak dapat dihidu oleh AJKKK Kampung (Man Kadir) yang giat menangkap orang ponteng puasa kerana Abe Li dan rakan-rakannya rajin ke surau untuk solat berjemaah.

Selain memaparkan gelagat Abe Li dan geng plastik hitam yang curi-curi makan di bulan puasa, telefilem 16 Puasa juga menunjukkan Abe Li dan rakan-rakannya sebagai ketua keluarga tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik. Keluarganya hidup daif kerana ego Abe Li yang memberikan alasan tidak mencari kerja lain setelah diberhentikan kerja kilang.

16 Puasa sebuah telefilem satira komedi yang penuh dengan kritikan dan sindiran yang berlaku dalam masyarakat. Overall, jalan cerita yang santai dan penuh pengajaran.

Post a Comment

2 Comments

  1. Ala kenapa le dia tak tayangkan kat astro prima ke astro Oasis sebab kita cuma ada njoi je. huhuu

    ReplyDelete