Review Movie | Takut Ke Tak (Netflix)

Review Movie | Takut Ke Tak (Netflix)

Filem : Takut Ke Tak
Produksi : Jazzy Pictures
Pengarah : Muzammer Rahman
Siaran : Netflix
Tayangan : 27 Ogos 2020
Durasi : 1 Jam 34 Minit
Genre : Komedi, Seram
Pelakon : Nabil Aqil, Ika Nabila, Fabian Loo, Arwind Kumar, Han Zalini, Ropie, Danielle Sya, Delimawati, Sherry Al-Jefri

SINOPSIS:
Lima pelajar jurusan filem perlu menghasilkan satu filem untuk projek graduasi. Mereka ingin membuat satu filem seram yang unik dan tidak klise seperti filem seram lain. Jadi, mereka melakukan penggambaran di sebuah rumah berhantu yang terkenal. Namun sewaktu tinggal di situ, situasi jadi agak kecoh apabila satu demi satu kejadian aneh seperti dalam filem seram kini berlaku pada mereka. Boleh mereka lari?

Review Movie | Takut Ke Tak (Netflix)

Mengisahkan lima pelajar jurusan filem iaitu Abbas (Nabil Aqil), Linda (Ika Nabila), Yan Guo (Fabian Loo), Sivar (Arwind Kumar) dan Amir (Han Zalini) yang perlu membuat tugasan filem pendek sebagai projek graduasi mereka.

Mereka mempunyai impian untuk mengubah industri filem dengan membuat filem seram yang fresh dan tidak klise. Abbas memilih satu rumah terbiar sebagai lokasi malangnya ketika melakukan penggambaran di rumah tersebut, mereka terperangkap dan tidak dapat keluar dari situ.

Pelbagai kejadian aneh dan seram berlaku sehingga mereka bertemu dengan seorang gadis cantik lakonan Danielle Sya yang mendakwa telah lama terperangkap di situ dan tidak menjumpai jalan keluar. Adakah mereka berlima dapat keluar dari rumah tersebut dengan selamat?

Review Movie | Takut Ke Tak (Netflix)

aku tak ada expectation tinggi sangat dengan movie ni so bila layan ada beberapa scene yang tergelak dengan random dialog dan scene yang agak kelakar terutama sekali watak Sivar dan Amir. tapi secara jujurnya aku tak boleh nak masuk dengan jalan cerita.

Permulaan cerita kurang memuaskan, kelima-lima watak ni punya intro pun tak cukup kuat dan tak nampak chemistry antara mereka tapi bila masuk pertengahan nampak enjoy sikit dengan diorang punya friendship. plot pun bersepah dan tak berkembang sangat, sampai kat ending aku jadi pening..haha

Filem Takut ke Tak cuba keluar dari kepompong filem seram yang ada, kira nak kritik filem yang ada tapi macam kritik kat diri sendiri gitu. pengarah ni ada beberapa idea yang fresh dan menarik dalam filem ini tapi disebabkan plot yang lemah, semuanya serba tak menjadi. kalau tanya aku Takut Ke Tak? ntahlah aku tak tahu part mana yang seram walaupun ada kelibat hantu kak limah.

Post a Comment

3 Comments

  1. hah macam citer seram tapi tak jadi seram je. wah hantu kak limah muncul ke

    ReplyDelete
  2. tengok poster pun dah boleh agak cerita dia macam mana plus ada banyak new faces. I kenal Arwind Kumar je haha

    ReplyDelete
  3. Baru tengok. Pengakhiran ada sedih dan seram sikit sebab Sivar berkorban.

    ReplyDelete