Pontianak Teng Teng (TV9) | Sinopsis Telefilem

Pontianak Teng Teng (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Pontianak Teng Teng
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Jamal Khan
Penulis Skrip : Haslizawati Hassan
Siaran : TV9
Tayangan : 21 April 2023
Masa : Jumaat | 8.30 Malam
Pelakon : Rita Rudaini, Nazrief Nazri, Yus Jambu, Mak Jah, Amir Raja Lawak, Shah Tapaw

Pontianak Teng Teng (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Pontianak Teng Teng

Mengisahkan Indah lakonan Rita Rudaini, seorang janda jelita yang suka berpakaian kebaya dan sering menjadi tarikan lelaki di kampung tersebut yang cuba mendekatinya.

Indah bekerja menoreh getah di kebun milik Pak Seman. Kehadirannya menjadi rebutan tiga sahabat baik Wardi (Amir Raja Lawak), Asmadi (Asmadi) dan Taib (Shah Tapaw) sehingga menjejaskan persahabatan mereka.

Sejak kemunculan Indah, berlaku peristiwa aneh dan misteri berkaitan kematian pemuda-pemuda kampung yang ditemani teng-teng di sisinya. Peristiwa ini menggemparkan sehingga penduduk kampung tertanya-tanya siapakah dalangnya.

Namun Mak Esah, seorang wanita tua yang dianggap gila oleh penduduk kampung mengesyaki ianya ada kaitan dengan Indah. Apakah yang terjadi selanjutnya?

Post a Comment

0 Comments