Durjana Pujaan (TV1) | Sinopsis Telefilem

Durjana Pujaan (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Durjana Pujaan
Produksi : Unit Drama TV RTM
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Penulis Skrip : Amin Masyur
Siaran : TV1
Tayangan : 22 April 2023
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Zahiril Adzim, Sabri Yunus, Azhan Rani, Hanna Aqeela, Kazar, Ammar Titan, Amerul Affendi, Balkisyh Semundur Khan, Haziq Asyraf, Sara Salsabilla Asyraf

Saksikan telefilem Durjana Pujaan lakonan Zahiril Adzim dan Sabri Yunus pada hari sabtu ini, pukul 9.00 malam di slot Panggung RTM TV1.

Durjana Pujaan (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Durjana Pujaan

Mengisahkan dua adik beradik yang berusaha memperbaiki hubungan kehidupan di bandar yang tiada warna dan menyesakkan. Kadir seorang pelajar pintar terpaksa melupakan impian untuk menyambung pelajaran dan berpindah ke bandar kerana kesalahan abangnya.  

Tahir yang baru keluar penjara tidak mempunyai pilihan apabila terpaksa menumpang adiknya kerana masalah kesihatan matanya yang rabun teruk. Kadir bertungkus lumus mengumpul duit untuk pembedahan mata abangnya, dalam masa yang sama dia juga menyimpan duit sebagai bekal mereka memulakan kehidupan di kampung nanti. 

Tahir yang tidak tahu kesusahan Kadir berdepan dengan orang kampung ketika dia dipenjara dulu, sering mendesak mereka pulang ke kampung. Hal ini menyebabkan berlaku pertengkaran sehingga hubungan Kadir dan Tahir semakin dingin.

Kemuncul Nur telah menjernihkan semula hubungan Kadir dan abangnya, Nur juga selalu memberi semangat kepada Kadir untuk menyambung semula pelajarannya. Namun hubungan Kadir dan Nur mula renggang apabila Nur mengetahui rahsia gelap kedua beradik tersebut. 

Mampukah Kadir berubah dan mengejar cita-citanya? Adakah Tahir akan menjalani pembedahan mata? Ikuti kesudahannya dalam telefilem Durjana Pujaan.

Baca juga :

Post a Comment

0 Comments