Tajuk : Ilman Fathi
Penulis : Suhaila Rashid
Mukasurat : 316
Penerbit : HA Novels
Terbitan : 2025
Mengisahkan Adra Felisha yang pulang ke Malaysia untuk bagi kejutan pada keluarganya tapi dia pula dikejutkan dengan berita adik tirinya, Nuha bertunang dengan teman lelakinya, Hayyan. Adra bertindak memutuskan hubungan dengan keluarganya dan hidup berdikari tanpa kemewahan harta bapanya.
Tiga tahun dia berjaya mencipta nama sebagai pelakon terkenal. Adra merahsiakan tentang identiti bapanya dan mahu bebas dari kontroversi tapi tup-tup si Nuha buat fitnah sampai mencemarkan nama baik Adra.
Ilman hadir dalam hidup Adra dan menjadi pelindung Adra. Persoalannya siapa Ilman Fathi?
actually geram dengan perangai Nuha tak habis nak dengki dengan Adra. Dah la buat fitnah macam-macam kat Adra pastu dia ingat dah dapat Hayyan dia dah menang tapi tak juga lagi insecure jadinya. angin je aku dengan watak ni tapi pengakhiran Nuha ni macam baik sangat lepas apa yang dia buat.
tapi sis suka dengan watak hero gini yang green flag macam ni..haha. Ilman ni sebenarnya dah lama crush dengan Adra tapi kesian juga bila Adra tak pernah perasaan kewujudan dia. bila Adra kena fitnah, Ilman juga yang dalam diam menyiasat dan cuba sedarkan ayah Adra tentang apa sebenarnya yang berlaku.
pendek cakap banyak bendalah yang Ilman buat untuk Adra tanpa pengetahuan Adra, dari jauh dia jaga Adra, bila dapat peluang untuk dekat dengan Adra memang dia tak lepaskan. overall, nice story.
Andra Felisya, kepulangannya ke tanah air kerana terlalu rindukan ahli keluarganya sehingga dia sanggup buat kerja gila! Ya, kerja gila terbang pulang ke tanah air demi bertemu keluarga tercinta. Namun, setibanya di rumah dia melihat majlis pertunangan saudara tirinya dan kekasih hatinya sendiri.“Andra sanggup balik sini semata-mata nak jumpa korang! Andra nak peluk, nak cium korang sebelum peperiksaan semester terakhir nanti. Andra sanggup balik sini walaupun hanya beberapa hari je. Tapi…ini yang Andra dapat papa? Pengkhianatan ini yang Andra dapat? Papa tahu tak, betapa hancurnya hati anak papa sekarang ni? Papa tahu betapa sayangnya Andra dengan Hayyan! Papa tahu betapa cintanya Andra pada Hayyan, tapi papa sanggup langsungkan majlis pertunangan Nuha dan Hayyan. Papa sedar tak siapa Hayyan pada Andra?” – Andra Felisya“Dan you Hayyan…ini ke yang I dapat setelah apa yang kita lalui bersama. Ini ke bukti cinta you pada I? You sanggup curang dengan adik tiri I sendiri? Lelaki jenis apa you ni Hayyan?” – Andra Felisya“Semua ini tak akan berlaku kalau you yang tak mulakan Andra,” – HayyanDan akhirnya dia jua yang dipersalahkan atas kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Andra tahu tiada guna dia bertahan setelah pengkhinatan yang dia terima dari orang yang paling dia cintai.Tiga tahun berlalu, Andra Felisya bangkit demi kerjayanya. Kerjaya sebagai seorang pelakon terkenal di tanah air.Kehadiran Ilman Fathi memberi sinar baharu dalam hidup Andra Felisya.“Selagi I masih bernafas dan you adalah tujuan hidup I, I pastikan you nampak keikhlasan I untuk jadikan you bidadari dalam hidup I. I tak minta lebih pun…cukup you beri I satu peluang untuk buktikan kata-kata I.” – Ilman FathiManusia tidak lepas dari ujian begitu juga dengan Andra yang diuji lagi dengan fitnah dari saudara tirinya yang hampir menghancurkan kerjayanya.“Kalau korang nak tahu perempuan ni, anak Dato Azim. Anak kandung Dato Azim, tapi dia dibuang keluarga sebab dia anak tak guna! Dia pergi ke luar negara bukan untuk belajar tapi untuk menggatal dengan lelaki-lelaki dekat luar sana, sebab tulah kekasih dia berpaling dekat I. Dan bila dia balik ke Malaysia, dia cuba untuk rampas balik tunang I dan buatkan tunang I tergila-gilakan dia semula dengan rupa paras dia tu! Sedihkan perempuan macam ni!”- Nuha“Kenapa I lebih percayakan you? Sebab I kenal you macam mana dan I yakin you tak buat benda macam tu. You mungkin baru kenal siapa I, tapi I tak…I kenal you lebih dari yang you tahu.”- Ilman FathiHanya Ilman Fathi yang setia di sisi meskipun pelbagai ujian yang dilaluinya. Mampukah Andra Felisya membuka ruang untuk Ilman Fathi dalam hatinya dan apakah kesudahan kisah antara Andra dan Nuha?



0 Comments