Sekali Aku Bahagia (TV3) | Sinopsis Drama

Sekali Aku Bahagia (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Sekali Aku Bahagia
Produksi : Mache All Star United
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Idea Asal : Mama Bella
Penulis Skip : Dr Mohd Shahremy Ikhmal, Mama Bella
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 28 Mac 2023
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 15
OST/Lagu Tema : Tusuk (Shiha Zikir), Anugerah Cinta (Farrah Ahmad)
Pelakon : Ummi Nazeera, Nabila Huda, Keith Foo, Azhan Rani, Meor Mohd, Qistina Raisah, Duerra Mitilda, Danish Iskandar, Nik Ramly Rejab, Ayu Azlina

Sekali Aku Bahagia (TV3) | Sinopsis Drama

Saksikan drama Sekali Aku Bahagia yang ditayangkan mulai 28 Mac 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6.00 petang di slot Sakura TV3.


Sekali Aku Bahagia  sebuah drama terbitan Mache All Star United dibawah arahan Mohd Fazli Yayha dan skrip ditulis oleh Dr Mohd Shahremy Ikmal dan Mama Bella.

Dibintangi oleh Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain, Nabila Huda sebagai Aireen, Keith Foo sebagai Muaz, Azhan Rani sebagai Naufal, Meor Mohd sebagai Lan, Duerra Mitilda sebagai Delisha, Qistina Raisah sebagai Eli, Danish Hazriq sebagai Firas dan ramai lagi.

Sekali Aku Bahagia (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Aku Bahagia

Mengisahkan Aireen yang jatuh cinta dengan Muaz yang merupakan pekerja di pasar daging milik abang Aireen iaitu Naufal. Aireen kemudiannya berkahwin dengan Muaz tanpa mengetahui Muaz adalah suami kepada Rania. Muaz merahsiakan perkahwinannya dengan Rania kerana sayangkan kerjanya.

Suatu hari, Muaz pulang untuk melihat Rania yang baru melahirkan Delisha. Aireen tertekan apabila mengetahui tentang kewujudan Rania dan hal ini juga menyebabkan kandungannya gugur.

Naufal marah apabila mengetahui Muaz telah menipu Aireen dan mahu Aireen bercerai dengan suaminya namun Aireen begitu sayangkan Muaz dan rela berpura-pura tidak mengetahui tentang Rania. Kerana sayangkan Aireen, Naufal telah mengupah orang untuk membunuh Rania.

13 tahun kemudian, Aireen terkejut apabila mengetahui Rania masih lagi hidup dan berpura-pura baik di hadapan Rania dan Muaz. Hakikatnya, Aireen benar-benar mahu hapuskan Rania namun dia tiada mempunyai sesiapa untuk membantunya setelah Naufal dipenjarakan atas kerja haramnya.

Dalam masa yang sama, Rania juga mahu membalas dendam atas apa yang dilakukan Naufal dan Aireen kepadanya. Rania harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. wah ummi nazeera dgn nabila huda ni. fuh berentap berebut lelaki padahal lelaki tersebut dah menipu mereka

    ReplyDelete