My Name Is Lola (TV3) | Sinopsis Drama

My Name Is Lola (TV3) | Sinopsis Drama

Sitkom : My Name Is Lola
Siaran : TV3
Masa : Sabtu-Ahad | 2.00 Petang
Pelakon : Ain Edruce, Izzue Islam, Shiha Zikir, Roy Azman

Saksikan siri pendek My Name Is Lola memaparkan kisah dan gelagat Lola lakonan Ain Edruce yang sebelum ini dikenali menerusi ‘Jenaka Kampung Kalut’ (JKK), pada setiap hari sabtu dan ahad jam 2.00 petang di TV3.

My Name Is Lola (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama My Name Is Lola

Sebagai seorang isteri mithali, Lola telah mengikut suaminya, Meor (Izzue Islam), untuk berhijrah ke bandar. Dek penghijrahan itu, Lola telah membuat keputusan untuk berhenti menjadi seorang model supaya dia boleh memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada anaknya yang baru mula belajar berjalan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan dan kemahiran Lola dalam seni tata rias amat hebat. Namun, perkara yang sama tidak dapat dikata tentang kebolehannya dalam pengurusan rumahtangga.

Bagi mengatasi masalah hariannya, Lola cuba untuk belajar dengan mengikut petua untuk ibu bapa yang diperolehnya menerusi media sosial. Lola juga mula berkenalan dengan jirannya yang bernama Sofea (Shiha Zikir). Sofea pula sudah berkahwin bersama Razif (Roy Azman) Tali persahabatan mereka mula erat kerana Sofea sering membantu Lola.

Post a Comment

1 Comments

  1. ingatkan telenovela tadi..sekrg ni byk drama melayu nama omputih...

    ReplyDelete