Midnight Museum (2023) | Review Drama Thailand

Midnight Museum (2023) | Review Drama Thailand

Title : Midnight Museum
Director : Attaporn Teemarkorn
Screenwriter: Kirati Kumsat, Chalermpong Udomsilp, Sornpanath Patpho, Supawith Utama, Thanaphan Tangsittiprasert
Network : GMM25/ VIU
Release Date : 6 March 2023
Episodes : 15
Duraton : 45 minutes
Genre : Mystery, Supernatural
Cast : Tor Thanapob, Gun Atthaphan, Saiparn Apinya, Foei Patara, Namtan Tipnaree, Ployphach Phatchatorn

SYNOPSIS:
Dome, a barista at a café on the verge of closure, receives an unexpected job offer. The offer comes from a café regular, Khatha, who orders coffee he never drinks. The job is at an odd museum open only after sunset. With few choices, Dome accepts Khatha's offer.
On his first day, an employee tells him the museum is haunted. Forbidden by the overseer from entering Zone 16, Dome is tempted inside. Khatha attempts to contain the damage but Dome has unintentionally awakened something. Shortly, nearly everything inside is lost. Dome takes responsibility for the misfortune he's brought to the museum and attempts to hunt down what went missing in order to return them to where they belong.


Midnight Museum (2023) | Review Drama Thailand

Midnight Museum mengisahkan Dome (Gun Atthaphan) bekerja sebagai barista menghadapi masalah untuk membayar duit sewa bilik setelah majikannya mahu menutup kafe tersebut kerana masalah peribadi.

Dome kemudiannya mendapat jemputan daripada Khatha (Tor Thanapob) untuk bekerja di muzium milik Khatha. Muzium ni menyimpan artifak yang mempunyai cerita dan sumpahan, dan pelik sikit sebab dia buka selepas matahari terbenam dan hanya orang yang mendapat jemputan sahaja yang boleh ke masuk muzium tersebut. penduduk di sekitar kawasan itu pun banyak yang tak perasan kewujudan muzium milik Katha.

Tripob (Foei Patara), pengurus dan juga pembantu Katha telah bagi amaran pada Dome supaya tak masuk bilik Zon 16. Tapi hari pertama bekerja, Dome dah langgar amaran tersebut dan telah membawa masalah kepada mereka.

Midnight Museum (2023) | Review Drama Thailand

Episode 1: The Bride In The Red Wedding Dress

Dome masuk ke Zone 16 apabila dia rasa macam ada benda memanggil dia ke situ dan secara tak sengaja Dome telah membangkitkan roh pengantin berbaju merah. Keadaan semakin tidak terkawal apabila situasi mereka dikawal oleh mesin taip lama yang terkena sumpahan.

Katha berjaya menyelamatkan misteri mesin taip tersebut dan keadaan kembali pulih. 

Misteri juga dengan identiti pengantin berbaju merah ni sebab Katha dan Tripob tak ingat siapa gadis tersebut. Mereka memanggilnya dengan nama June (Namtarn Timranee).

Midnight Museum (2023) | Review Drama Thailand

Episode 2: The Poisonous - Animal Dagger

Kecuaian Dome menjatuh kad Midnight Museum telah menyebabkan muzium tersebut diceroboh oleh Jib dan geng dia. Jib ni rakan sekerja Dome di Kafe lepas kena berhenti tak puas hati dengan Dome. Mereka mencuri semua artifak di Zone 16 untuk dijual.

Salah satu barang yang dicuri adalah pisau belati menyebabkan Jib dan geng dia terkena sumpahan dan saling membunuh.

Midnight Museum (2023) | Review Drama Thailand

Baru tayang dua episod, jalan cerita Midnight Museum nampak menarik dengan misteri yang menimbulkan seribu persoalan kepada penonton dan setiap artifak yang ada di situ mempunyai sumpahan dan kisahnya tersendiri. drama ni ada vibe Hotel Del Luna, setiap watak ada identiti tersendiri belum reveal lagi dalam dua episod awal ini.

sebelum ni selalu merungut cgi dalam drama Thailand nampak fake giler tapi cgi dalam drama ni lawa dan mantap giler, secara visual memangg best tengok. Nak kata seram actually tak seram sangat pun tapi dia punya muzik latar sangat saspen dan bikin merinding.

walaupun baru tengok dua episod tapi best juga drama ni, aku suka dia punya jalan cerita yang nampak unik dan misteri sangat. penasaran nak tahu siapa sebenarnya Katha dan Dome. apa keistimewaan mereka..

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments