Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2) | Sinopsis Drama

Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Kuali Mentua Lauk Menantu
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Nieza Nahar
Siaran : TV2
Tayangan Asal : 7 April 2021
Episod : 26
Pelakon : Hafreez Adam, Afifah Nasir, Normah Damanhuri, Aman Graseka, Zera Hariz, Sharul Kamal, Zuhairi Ibrahim, Kismah Johari, Zarynn Malik

Kuali Mentua Lauk Menantu (TV2) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kuali Mentua Lauk Menantu

Mengisahkan Lela (Afifah Nasi) seorang gadis yang ceria membesar dengan neneknya, Wan Ipah (Kismah Johari) dan Mak Ngah Ana (Zarynn Malik) di kampung. Kini Lela bekerja sebagai jurugambar di Kuala Lumpur.

Lela mempunyai konflik dengan Ona di kampung yang menuduh Lela merampas kekasihnya. Ona sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk menyerang Lela malangnya Haikal (Hafreez Adam) terlibat sekali dalam pertengkaran tersebut kerana keretanya menjadi mangsa.

Lela terpaksa bertanggungjawab dan berjanji untuk membayar ganti rugi kepada Haikal setelah Ona melarikan diri. Dari situ juga hubungan Haikal dan Lela semakin rapat. 

Dek kerana rimas dengan desakan ibunya, Umi Hashimah (Normah Damanhuri) yang mahu jodohkan dia dengan Roza, Haikal membuat keputusan untuk berkahwin dengan Lela dengan harapan ibu dan Nina berhenti menganggu hidupnya. Adakah Lela akan bersetuju dengan lamaran Haikal?

Post a Comment

0 Comments