Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3) | Sinopsis Drama

Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Bukan Puteri Lindungan Bulan
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Mohd Fazli Yahya
Penulis Skrip : Eenaz Mokhtar
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 21 Mac 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 malam
Episod : 40
Pelakon : Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Niena Baharun, Afifah Nasir, Shah Iskandar, Zarina Zainuddin, Azhar Amir, Nasz Sally, Danish Iskandar

Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3) | Sinopsis Drama

Saksikan drama Bukan Puteri Lindungan Bulan diadaptasi dari novel karya Afiera Malik, yang akan ditayangkan sepanjang bulan ramadan ini pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Sebuah drama arahan Mohd Fazli Yahya dan skrip ditulis oleh Eenaz Mokhtar diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Bukan Puteri Lindungan Bulan menampilakan barisan pelakon hebat seperti Hisyam Hamid, Janna Nick, Amar Baharin, Afifah Nasir, dan Niena Baharun yang sebelum ini pernah popular dengan drama Sayangku, Kapten Mukhriz dan Jangan Benci Cintaku membuat kemunculan semula selepas berehat dari dunia lakonan.

Bukan Puteri Lindungan Bulan (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Bukan Puteri Lindungan Bulan

Mengisahkan Lara lakonan Janna Nick, seorang gadis yang hidup dalam serba kemewahan tetapi melalui pelbagai dugaan. Lara terpaksa berhenti belajar kerana perlu mengambil alih syarikat milik arwah bapanya. 

Lara tidak rapat dengan ibunya, Datin Fariza setelah wanita itu berkahwin lain dan mujurlah Lara mempunyai Zafir (Hisyam Hamid), seorang kekasih yang penyayang dan memahami dirinya.

Perkahwinan abangnya, Luqman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) telah mencetuskan konflik antara Lara dan Sabrina kerana merasakan kakak iparnya seorang yang materialistik dan curang kerana mempunyai hubungan intim dengan Zakuan (Amar Baharin). 

Peristiwa Lara diperkosa oleh Zakuan telah membawa kepada pernikahan Lara dan Zafir. Ketika mengandung muncul pula kekasih lama Zafir iaitu Tengku Farah (Niena Baharun) yang membawa kepada pernikahan mereka berdua. Kemuncak cerita Zafir terpaksa berpisah dengan Lara atas desakan Farah.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments