Pendoa Yang Ikhlas (TV1) | Sinopsis Telefilem

Pendoa Yang Ikhlas (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Pendoa Yang Ikhlas
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Penulis Skrip : Amin Mashyur
Siaran : TV Okey
Tayangan Asal : 27 Oktober 2019
Pelakon : Bohari Ibrahim, Zahiril Adzim, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, Azman Hassan

Saksikan telefilem Pendoa Yang Ikhlas yang ditayangkan semula pada hari sabtu ini (25 Februari 2023) jam 9.00 malam di Panggung RTM TV1.

Pendoa Yang Ikhlas diadaptasi dari cerpen karya Azizi Hj Abdullah mengangkat latar masa sekitar tahun 1980 an. Telefilem arahan Wan Afzam Wan Daud, Unit Drama TV RTM ini mengetengahkan gandingan watak utama Haji Tamin lakonan Bohari Ibrahim, Aziz (Zahiril Adzim), Kak Limah (Adibah Noor), isteri & ibu (Fatimah Abu Bakar), Karim (Azman Hassan) dan Nasir (Che Kem).

Pendoa Yang Ikhlas (TV Okey) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Pendoa Yang Ikhlas

Mengisahkan kehidupan Haji Tamin yang merupakan seorang imam dan jurunikah serta bergiat aktif dengan aktiviti politik setempat dan luar kawasan sangat dihormati oleh masyarakat sekampung kerana kewibawaannya menggalas tanggungjawab yang diberikan.

Haji Tamin yang sibuk dengan tugasan kerjanya mendapat sokongan dari isterinya dalam menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak mereka. Namun kebahagian mereka sekeluarga sedikit goyah apabila ibu yang sentiasa menjadi pelengkap dalam hidup mereka sekeluarga dijemput ilahi.

Sejak kehilangan isterinya, kehidupan Haji Tamin mula tidak terurus ditambah pula dengan faktor usianya. Limah yang merupakan anak sulung beliau mengambil alih tugas ibunya menguruskan makan minum ayahnya.

Hari demi hari, anak-anak mula mencorak perjalanan hidup Haji Tamin. Aziz merupakan anak bongsu keluarga adalah yang paling berani menyuarakan sebarang cadangan kepada bapanya.


Bermula dengan penglibatan bapanya dengan dunia politik yang dianggap sebagai sesuatu yang tidak pernah menghasilkan sebarang keuntungan, pengaruh masyarakat setempat yang menganggap bahawa bapanya sudah tidak releven lagi untuk menjadi imam dan jurunikah di kampung itu menjadikan mereka adik-beradik tidak senang duduk dan mencari jalan terbaik untuk meminta bapa mereka berhenti dari melakukan pekerjaan yang telah lama membebani bapanya itu. Mereka mula merancang pengakhiran yang terbaik untuk Haji Tamin. Namun apakah kesudahannya?

Post a Comment

0 Comments