My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

Title : My Lethal Man
Director : Chu De Jian
Network : iQIYI
Release Date : 13 January 2023
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Genre : Mystery, Romance
Cast : Li Mo Zhi, Fan Zhi Xin, Li Yi Zhen, Chang Zhe Kuan, Li Xin Ran, Wang Xu Dong, Qiu Ding Jie, Li Zhi Fan, Liang Guo Rong, Zhu Wei Ling

SYNOPSIS:
Shen Man Ning, because of an unexpected kidnapping case, discovers Zhuang Xin Yan. After Zhuang Xin Yan dies, the powerful and mysterious Yan Xing Cheng forces Shen Man Ning to start her "second life" as his fiancé. As they overcome adversities and difficulties together, the two go from being completely hostile with one another to slowly joining hands, learning to love and rely on each other. Together they discover the truth of the unsolved case from 17 years ago.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

My Lethal Man kisahnya dua gadis yang memiliki rupa paras yang sama. Shen Man Ning seorang gadis biasa dan pelajar bidang seni lukisan diculik kerana memiliki rupa paras yang sama dengan seorang gadis berasal dari keluarga kaya bernama Zhuang Xin Yuan. 

Selepas Zhuang Xin Yuan meninggal dunia, Shen Man Ning mengambil alih identiti gadis tersebut kerana terhutang nyawa demi mempertahankan syarikat warisan keluarga Zhuang yang kini mengalami masalah. Shen Man Ning dibantu oleh Yan Xin Cheng dan memperkenalkan lelaki itu sebagai tunangnya di hadapan keluarga Zhuang. 

Disebabkan Zhuang Xin Yuan tinggal di luar negara selama 17 tahun dan baru pulang, ramai yang meragui identitinya jadi Shen Man Ning perlu bekerja keras supaya rahsianya tidak terbongkar.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

first episodes agak bagus dan menarik. aku paling curious dengan motif Yan Xing Cheng, kenapa dia bersungguh-sungguh nak pertahankan harta warisan Zhuan Xin Yuan, siapa dia pada Xin Yuan. misteri betul bila dia sekadar memperkenalkan diri sebagai tunang Xin Yuan.

bila terbongkar identiti sebenar Yan Xin Cheng, aku sebenarnya susah nak masuk dengan jalan cerita. semua benda macam serba tak kena dalam drama ni. pendek cakap banyak benda yang aku rasa tak logik dan sel otak macam tak berhubung bila tengok drama ni..haha

ok..banyak spoiler dalam post ni so kalau korang plan nak tengok drama ni sila skip my review.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

Terbongkar identiti sebenar Yan Xing Cheng adalah Yan Yi iaitu abang kandung kepada Zhuang Xin Yuan. part ni aku tak boleh teka sebab nama keluarga mereka tak sama rupa-rupanya undang-undang mereka sekarang, anak-anak boleh pilih nak guna nama keluarga bapa atau ibu. Xin Chen guna nama keluarga bapa manakala adiknya guna nama keluarga ibu mereka iaitu Zhuang.

17 tahun yang lalu, Xin Cheng terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ibu dan bapanya kerana ada orang cuba membunuh mereka sekeluarga. Ayah mereka meninggal dunia manakala Xing Cheng pula hilang.  Xin Yuan pula tak ikut sekali tapi demi keselamatan, datuk mereka hantar Xin Yuan tinggal di luar negara.

walaupun Zhuang Xin Yuan meninggal dunia, Xing Cheng boleh je balik claim syarikat dan harta dari datuknya yang aku tak faham kenapa dia nak guna Shen Manning untuk cover everything. MOTIF???

lepas tu siap bertunang secara rasmi dengan Xin Yuan a.k.a Shen Manning. bila rahsia terbongkar aku pelik juga staff company dia tak bergosip ke kenapa dia boleh bertunang dengan adik sendiri. dah la kerja menyamar Manning terhenti dan menghilang macam tu je. takkan staff dan netizen kat situ tak bergosip kenapa tunang CEO mereka tiba-tiba bertukar menjadi CEO. 

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

selepas Yan Xing Cheng mendedahkan identitinya, Shen Manning memulakan kehidupan sebagai dirinya semula dan kembali kepada keluarganya. heroin ni ada masanya nampak strong dan bijak tapi banyaknya yang kurang bijak.

keluarganya tak habis cakap dia menderita kena tipu dengan Xin Cheng. kenapa tak terus je apa sebenarnya yang terjadi dalam tempoh tersebut yang kau buat semua tu sebab terhutang nyawa dan kornea dengan Xin Yuan. kata je ada kawan baik tapi satu habuk pun tak cerita.

pastu cakap nak protect Xin Cheng. macam mana la family sendiri nak support kalau semua benda nak berahsia. banyak lagi scene yang tak logik dalam cite ni, penat nak bebel semuanya.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

watak kawan baik Manning langsung tak function lepas tu nak buat cinta tiga segi dengan bodyguard Yan Xin Cheng. APOOO?

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

Tang Ling pula watak jahat pun lame. kaya, cantik dan punya segalanya tapi desperate nak tunang orang. tang buat kerja jahat tu memang laju otak jahat dia berfikir nak kenakan Shen Manning.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

watak hero kedua pula baik tapi tak consistent macam lalang. sekejap geng Tang Ling nak kenakan Xin Cheng sekejap sebelah Xin Cheng sebab sayangkan  Shen Manning. tapi oklah watak dia, time kau ingat dia buat jahat tiba-tiba dia masuk geng Xin Chen kenakan Tang Lin.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

pening nak tengok terus lompat episod last terus macam eh eh Tang Lin dah insaf la. eh eh mak Xin Cheng hidup lagi la. time reveal penjahat sebenar pun tak terkejut sangat sebab dah boleh teka siapa walaupun dari awal nampak watak ni banyak berdiam diri. lagipun berapa kerat sangat watak jahat dalam cite ni pusing-pusing orang tu juga.

My Lethal Man (2023) | Review Chinese Drama

mula-mula suka juga dengan drama ni sebab bukan tipikal chinese drama. watak hero ni ada vibe hero japanese dalam anime, plot story pula ada vibe revenge lakorn tapi masalahnya the whole plot tak consistent langsung dan sangat mengelirukan. 

masalah dengan drama ni juga bila penulis paksa penonton ikut logik akal dia. dah masuk tahun 2023, sadis betul bila terjumpa plot drama yang tak cerdik macam ni.

Post a Comment

1 Comments

  1. belum hbs tengok drama ni...ha'ah, knp Xin Cheng tak claim sendiri kan...datuk dia ingat dia dah mati kot...

    ReplyDelete