Meet Yourself (2023) | Review Chinese Drama

Meet Yourself (2023) | Review Chinese Drama

Title : Meet Yourself
Director : Ding Zi Guang
Screenwriter: Wang Xiong Cheng, Shui Qian Mo
Network : Hunan TV, Mango TV
Release Date : 3 January 2023
Episodes: 40
Duration : 45 minutes
Genre : Life, Romance
Cast : Liu Yi Fei, Li Xian, Hu Bing Qing, Ma Meng Wei, Dong Qing, Estelle Wu, Niu Jun Feng, Shi Peng Yuan, Tu Song Yan, Janice Wu

Meet Yourself (2023) | Review Chinese Drama

Meet Yourself mengisahkan kehidupan Xu Hongdou (Liu Yi Fei) yang sangat sibuk dengan kerja sebagai front desk manager di sebuah hotel di Beijing. Selepas kawan baiknya meninggal dunia, Hongdou membuat keputusan untuk berhenti kerja dan bercuti di Hunnan selama 3 bulan.

Dalam tempoh tersebut, Hongdou menyewa bilik di sebuah guesthouse di Yunmiao Village dan bertemu dengan ramai orang baru.

Meet Yourself (2023) | Review Chinese Drama

Xie Zhi Yao (Li Xian) pula belajar dan bekerja di Beijing tapi kemudiannya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya. Zhi Yao setup company kecil untuk promosi dan memasarkan produk dari kampungnya. Selain tu, dia banyak juga invest dalam bisnes seperti guesthouse dan kafe untuk majukan bidang pelancongan dan buka peluang pekerjaan penduduk setempat.

Disebabkan pekerja dia kebanyakkan kenalan dia juga so Zhi Yao ada masalah nak control kualiti service mereka. bila tahu Hongdao ada 10 tahun pengalaman dalam bidang hotel, dia cuba tarik Hongdao bekerja dengannya.

Hongdao datang situ nak santai-santai, dia volunteer tolong di kafe pun sebab kesian Nana tak cukup staff kena buat semua benda. tapi akhirnya dia setuju untuk jadi consultant di situ sebab dipujuk nenek Zhi Yao dan kesian tengok Zhi Yao yang selalu sibuk nak buat semua benda.

Meet Yourself (2023) | Review Chinese Drama

Dalam tempoh tiga bulan tersebut, Hong Dao rapat dengan Nana (Hu Bing Qing), gadis bandar yang melarikan diri ke situ dan bekerja di kafe milik Zhi Yao, dan Damai (Ma Wei Meng) seorang penulis novel yang kurang keyakinan diri dan selalu berkurung di dalam bilik. ramai lagi kenalan baru yang Hongdao jumpa di situ.

Hubungan Hongdao dan Zhi Yao juga semakin rapat sehingga mereka saling menyimpan perasaan.

Meet Yourself (2023) | Review Chinese Drama

drama slow paced macam  ni bukan semua orang boleh masuk sebab banyak sembang pasal life, orang cakap drama untuk healing gitu. bagi aku, plot dan jalan cerita dia menarik dan dialog dia nampak realistik cuma sama ada boleh relate dengan diri sendiri atau tidak. kalau tak boleh relate sis skip je scene tu..haha

episod dia sangat panjang so ada some part yang aku rasa bosan tapi aku tengok drama ni sebenarnya sebab Li Xian dan Liu Yi Fei, suka tengok gandingan ni nampak serasi sangat.  Overall, plot yang simple, casting yang menarik dan sesuai untuk tontonan santai.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments