Review Drama | A Dream of Splendor (2022)


Title : A Dream Of Splendor
Director : Yang Yang
Screenwriter : Zhang Wei
Network : WeTV
Aired : 2 June - 7 July 2022
Episodes : 40
Duration : 44 minutes
Cast : Liu Yifei, Chen Xiao, Lin Yun, Liu Yan, Xu Haiqiao, Dai Xu, Zhang Xiaoqian


A Dream of Splendor mengisahkan Zhao Pan'er (Liu Yifei), pemilik kedai teh terkenal di Qiantang dan mempunyai tunang bernama Ouyang Xu. Ouyang berjanji akan berkahwin dengan Pan'er selepas lulus peperiksaan tapi tiba-tiba mahu memutuskan hubungan mereka setelah berjaya.

Zhao Pan'er tidak puas hati dengan perkhabaran yang diterima lalu membuat keputusan untuk pergi ke ibu kota, Bianjing untuk mendapatkan sendiri kepastian dari Ouyang.

Dalam perjalanan tersebut, Zhao Pan'er bertemu Gu Qianfan kemudiannya mendapat khabar yang kawan baiknya Sanniang dan Yinzhang ditimpa masalah. Pan'er membuat keputusan mahu membantu mereka sebelum meneruskan perjalanannya ke ibu kota.


Gu Qianfan (Chen Xiao) seorang pengawal istana dari Imperial City datang ke Qiantang untuk menjalankan misinya tapi terperangkap dan dituduh sebagai pembunuh. 

Qianfan menghadapi kesukaran untuk kembali semula ke ibu kota apabila ada pengawal yang berkomplot untuk menjadikan dia sebagai kambing hitam kemudiannya bertemu dengan Zhao Pan'er lalu meminta bantuan gadis itu untuk membawanya keluar dari Qiantang.

sebenarnya Gu Qianfan pernah jumpa Pan'er di kedai teh milik gadis tersebut tapi Pan'er tak suka bila tahu Qianfan orang Imperial City dengan perangai dia yang berlagak. bila mengharungi perjalanan yang jauh masing-masing mula rapat, Qianfan juga terhutang budi dengan Pan'er jadi dia cuba membantu setiap kali Pan'er ditimpa masalah.


Sun Sanniang (Liu Yan), pembuat kek terkenal di Qiantang dan bekerja dengan Zhao Pan'er dan hubungan mereka berdua sangat rapat. Sanniang kecewa apabila dapat tahu suaminya curang dengan janda kaya, paling sedih bila anak sendiri pun nak ikut mak tiri kaya. so Sanniang buat keputusan mengikut Pan'er ke ibu kota.


Song Yinzhang (Lin Yun) pula pemain pipa terkenal di daerah tersebut yang berkahwin lari mengikut seorang peniaga. harapannya untuk hidup bahagia musnah apabila dapat tahu suaminya suka berhutang, Yinzhang didera kerana tidak mahu memberi wang simpanannya. dengan bantuan Pan'er dan Sanniang, Yinzhang berjaya menuntut cerai dari suaminya.


Sebelum ke ibu kota, Ouyang Xu (Xu Haiqiao) berjanji akan berkahwin dengan Pan'er selepas berjaya dalam peperiksaan kerajaan. tapi selepas berjaya dapat tempat ketiga, ada pembesar yang berkenan untuk jadikan Ouyang sebagai menantu mereka. so Ouyang rasa perkara tersebut bagus untuk masa depan kerjayanya.

Pan'er susah nak percaya yang Ouyang dah berubah, dia juga tak sanggup bila Ouyang mahu mengambilnya sebagai gundik. sebagai syarat berpisah, Pan'er minta Ouyang tunaikan tiga permintaanya. tapi satu pun Ouyang tak tunaikan sebaliknya menggunakan networking dia untuk menghalau Zhao Pan'er dan kawan-kawannya dari Bianjing.


Selepas bertemu semua dengan Gu Qianfan, Zhao Pan'er dan kawannya kembali semula ke Beijing tapi mereka tak nak bergantung sepenuhnya kepada kebaikan Qianfan. Pan'er, Sanniang dan Yinzhang membuat keputusan untuk membuka semula bisnes kedai teh mereka di ibu kota.

Dalam masa yang sama Yinzhang mahu membina kerjayanya di ibu kota dan berazam untuk menjadi permain pipa yang terkenal supaya dapat protect Pan'er dari diganggu lagi oleh Ouyang.


walaupun ada konflik politik yang berlaku tapi jalan cerita drama ni sebenarnya lebih fokus memperkasakan golongan wanita. sebab Yinzhang berada dalam golongan penghibur dan Pan'er pernah jadi penari, kalau ikut status sosial zaman tersebut mereka berada paling bawah sekali dan tak boleh berkahwin selagi tak buang status tu. 

Bila jadi perempuan zaman tersebut banyaklah kesusahkan dilalui dan selalu ditindas oleh golongan lelaki. daripada bersedih atau fikir tentang perkahwinan, mereka bertiga bangkit berdikari dan membuka bisnes walaupun ramai yang cakap mustahil untuk mereka survive di kota besar tersebut.


selain plot dan jalan cerita menarik, visual drama A Dream of Splendor macam filem dengan cinematography dan tempat yang production pilih untuk shoot sangat cantik dan cgi dia pun cantik tak nampak fake sangat. so tak hairan kenapa Liu Yifei boleh decide untuk comeback dengan drama ni selepas lebih 10 tahun dia fokus pada filem.

tapi bagi aku, benda yang paling menarik sebenarnya chemistry antara Liu YiFei dan Chen Xiao, dari renungan mata pun dah berbunga tengok mereka berdua ni. scene diorang bergaduh pun comel, bak kata orang suruhan Qianfan, nampak bergaduh tapi kenapa rasa macam diorang tengah flirting..haha

so far aku dah maraton sampai 14 episod memang best. siapa nak tengok drama A Dream of Splendor boleh pergi tengok kat WeTV.


Baca juga :

Post a Comment

4 Comments

  1. Director dia Yang Yang pelakon tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh bukan..Director Yang Yang ni perempuan..hehe

      Delete
  2. eiii selekeh betul perangai ouyang tu. Cantik tengok wardrobe semua watak wanita dalam drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selekeh laki perangai macam Ouyang ni, janji sampai ke bulan tapi satu pun tak boleh pakai..

      Delete