Lirik Lagu | Fai Ramli - Tersakiti (OST Bukan Syurga Pilihan)


Lagu Lafaz Nyanyian Fai Ramli, ciptaan sepenuhnya oleh Archie Nasution telah dipilih dijadikan lagu tema atau runut bunyi untuk drama bersiri Bukan Syurga Pilihan yang ditayangkan di slot Tiara Astro Prima.

Lagu ini mengisahkan tentang lukanya hati seseorang setelah dikhianati dan dicurangi oleh pasangannya. Dia masih dihantui bayangan saat-saat indah yang mereka lalui bersama dan akhirnya tersedar bahawa dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana dirinya telah pun tersakiti akibat dikhianati dalam percintaan itu.

Lirik Lagu Fai Ramli - Tersakiti (OST Bukan Syurga Pilihan)


Lagu : Tersakiti
Penyanyi : Fai Ramli
Komposer : Archie Nasution
Penulis Lirik : Archie Nasution

LIRIK
Masih segar di minda
Kita duduk bercanda berdua
Ku belai rambutmu yang beralun
Kau tersipu malu sambil tersenyum kepadaku..

Namun semua hanya tinggal kenangan
Kau pergi meninggalkan aku tanpa rasa

Di mana janjimu yang kau lafaz dulu
Tanpa sepatah kata kau berlalu pergi
Mengkhianati cinta sejujur dari hati
Hanya air mata setia menemani

Betapa ingin ku kembalikan waktu
Mengharap semata semua hanya mimpi
Tanpa ku tersedar dengan kekurangan ini
Sememangnya ku sudah pun Tersakiti

Post a Comment

0 Comments