Julia Arina (TV Okey) | Sinopsis Drama

Julia Arina (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : Julia Arina
Produksi : Open Echo Comunication SB
Pengarah : Zek Zukry
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 23 Februari 2023
Masa : Selasa-Sabtu | 2.30 Petang
Episod : 13
Pelakon : Mustaqim Bahadon, Miasara Sufia, Jazmy Juma, Lidya Maisarah, Aman Shah, Dilla Ahmad, Kay Maria, Azri Ismail, Tash Yong, Halimah Naim, Silfeny Osman, Ieka Zulkifli

Saksikan Julia Arina sebuah drama adaptasi Mr Dud Next Door karya Aisya Rihanna yang ditayangkan pada setiap hari selasa hingga sabtu jam 2.30 petang di TV Okey.


Julia Arina (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama Julia Arina diarahkan oleh Zek Zukry dan skip ditulis oleh Adza Emie dibawah terbitan Open Echo Comunication SB. Antara barisan pelakonnya adalah Maisara Sufia yang memegang watak utama sebagai Julia Arina, Mustaqim Bahadon sebagai Adam Zafran, Lidya Maisarah sebagai Maya Ayuni, Jazmy Juma Khan sebagai Adam Heykal, Aman Shah sebagai Danial Iskandar ,Dilla Ahmad sebagai Maria dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Julia Arina

Mengisahkan kehidupan Adam Zafran yang tidak terurus selepas isterinya meninggal dunia. Zafran terpaksa menjaga anaknya, Maya dalam masa yang sama mencari rezeki buat mereka dua beranak. Zafran yang dibuang kerja berjaya mendapat kerja baru sebagai pemandu dan membawa anaknya berpindah ke rumah sewa baru.

Julia Arina seorang graduan universiti bekerja sebagai guru ganti sementara menunggu tawaran kerja. Julia semakin rapat  dengan Maya sejak Zafran berpindah ke sebelah rumahnya. Walaupun hatinya tertarik dengan Zafran, Julia selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya.



Julia Arina (TV Okey) | Sinopsis Drama


Sinopsis Novel Mr Dud Next Door
Nur Julia Arina ialah seorang gadis biasa. Dia mendambakan cinta daripada seorang lelaki kaya. Keadaan dirinya menjadi kacau apabila kakak kandungnya sendiri bersuamikan seorang jurutera dan kerap menghinanya kerana belum mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mempunyai teman lelaki. Disebabkan itu, api cinta yang datang mula tumbuh kepada duda di sebelah rumahnya dibuang jauh-jauh.

Kota raya Kuala Lumpur menyaksikan pertemuan semula Julia Arina dan Mr. Dud pokai yang dihindarinya. Identiti sebenar lelaki itu kini terbongkar. Mr. Dud pokai itu adalah Adam Zafran Tan Sri Daniel Iskandar. Ops, malunya Julia. Apa yang romantiknya, cinta lelaki itu tetap kudus untuk Julia.

Bahagia itu tidak datang bergolek tanpa dugaan. Cinta tiga segi di antara Adam Zafran, Adam Haykal dan Nur Julia Arina membuat ketiga-tiganya merana. Mana mungkin Adam Haykal mengaku kalah kepada abang kandung yang dibencinya. Dan Julia pula, bertahankah dengan hasad dengki kakak kandung sendiri?

Post a Comment

0 Comments